Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Terselamat Dari Kebakaran Hutan. Tindakan Kucing Ni Pada Penyelamat Buat Ramai TERHARU

| November 21, 2018 | 0 Comments

Terselamat Dari Kebakaran Hutan. Tindakan Kucing Ni Pada Penyelamat Buat Ramai TERHARU | Siapa sangka selepas terselamat dari terperangkap dalam kebakaran hutan, tindakan kucing ni terhadap penyelamat buat ramai terharu. Allahu comelnya. Ada video.

KUCING PELUK TAK LEPAS BADAN PENYELAMAT

Video comel aksi kucing terhadap penyelamat ada di hujung artikel. Dalam kemusnahan akibat kebakaran hutan di California, seorang bomba California yang terbabit memadamkan kebakaran hutan di Paradise berjaya mencuit hati netizen selepas video dan gambar comel bersama seekor kucing diselamatkan yang enggan berenggang dengannya, menjadi tular.

Ryan Coleman dari Jabatan Bomba Fairview Valley mengongsikan video bersama kucing itu Selasa minggu lalu di Facebook dan di dalamnya didengar berkata, haiwan manja itu enggan melepaskannya sebaliknya ‘melekap’ padanya walaupun dia meneruskan usaha pencarian dalam hutan.

“Kucing diselamatkan. Dia melepak atas bahu dan tengkuk saya sambil saya berjalan-jalan,” katanya dipetik Daily Mail.

Kucing itu dilihat begitu selesa dan seolah-olah seronok ‘membantu’ Coleman menjalankan tugas, malah anggota bomba itu juga gembira ditemani haiwan berkenaan, yang dianggap merindui keluarga yang membelanya.

Gambar berkenaan dikongsikan kira-kira 33,000 kali, manakala video itu disaksikan 1.7 juta kali. Netizen turut menggesa Coleman membela kucing itu.

“Kalaulah boleh (bawanya pulang). Saya masih bertugas di sini,” jawabnya.

Beberapa hari sebelum itu, Coleman memuat naik gambar menunjukkan kemusnahan satu pekan akibat kebakaran digelar Camp Fire.

Setakat ini 79 mayat ditemui dan mangsa hilang kini 993 orang, kurang daripada 1,276 yang diumumkan sebelumnya.

Sementara itu, Reuters melaporkan hujan yang dijangka turun minggu ini membuatkan pencarian semakin sukar dan menambah risiko runtuhan lumpur bahaya.

Hujan sehingga 10 sentimeter dijangka turun di utara San Francisco antara lewat semalam hingga Jumaat, kata pegawai Pusat Ramalan Cuaca di Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Patrick Burke, di Maryland.

Hujan lebat dapat membantu mengawal kebakaran minggu ini, tetapi turut menyukarkan pasukan penyelamat mengharungi abu dan kekotoran untuk mencari mayat.

Pengasas syarikat perunding Identifinders International, Colleen Fitzpatrick berkata, hujan akan menjadi lokasi itu berlumpur dan lembap, serta licin dengan abu basah.

VIDEO KUCING PELUK LELAKI KERANA SELAMATKAN DARI API

Sumber: Harian Metro

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: haiwan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *