Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Pembantu Tadbir di Kuantan M4ut D1BAK4R Di Bilik Tidur. Al Fatihah.

| November 4, 2018 | 0 Comments

Pembantu Tadbir di Kuantan M4ut D1BAK4R Di Bilik Tidur. Al Fatihah. | Seorang pembantu tadbir di Pejabat Tanah Dan Galian Kuantan ditemui maut akibat dipukul dan dibakar di bilik rumahnya. Hasil siasatan polis sangat mengejutkan. Al Fatihah.

DIPUKUL OBJEK KERAS SEBELUM DIBAKAR MATI

Seorang pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di sini dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan terbakar pada bahagian badan selain beberapa kesan kecederaan di muka dan kepala.

Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad, berkata mayat M Suhairi A Wahab, 35, ditemui di bilik tidur utama di rumahnya di Lorong Pandan Indah 1/3 Perumahan Pandah Indah semalam, selepas berlaku kebakaran di bilik itu.

“Kita terima maklumat daripada pihak bomba mengatakan ada kebakaran sebelum anggota kita ke sana dan menemui mayat mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditemui di atas tilam dengan beberapa kesan kecederaan di kepala dan badan selain kesan terbakar di bahagian badan,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan keterangan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, pihaknya menahan suspek lelaki yang juga rakan serumah mangsa berumur 34 tahun.

Mohd Zakaria berkata, pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat yang dilakukan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, bagi mengetahui punca kematian mangsa yang berasal dari Kampung Panching, dekat sini.

Katanya, permohonan reman ke atas suspek juga sedang diperoleh bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih terperinci dan mengetahui motif pembunuhan.

Dalam kejadian jam 10.30 malam semalam, mangsa disahkan meninggal dunia selepas anggota bomba dan penduduk kawasan perumahan itu selesai memadamkan kebakaran.

Mohd Zakaria berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, abang mangsa, Amir A Wahab, 48, berkata adik bongsunya itu sudah empat tahun menyewa di kawasan perumahan berkenaan dan amat rapat dengan ibu mereka.

“Jika ini kes bunuh saya harap mereka yang terbabit dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, HTAA.

Beliau berkata, adiknya yang sudah berkhidmat lebih empat tahun di PTG disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panching, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali, berkata dua suspek yang juga rakan mangsa masing-masing ditahan pagi dan jam 4 petang tadi berhubung kes itu.

Beliau berkata, suspek kedua itu juga seorang lelaki dan berusia 35 tahun, bekerja sendiri ditahan selepas penahanan seorang lagi suspek yang juga rakan serumah mangsa awal pagi tadi.

Beliau berkata, kedua-dua mereka direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Hasil bedah siasat juga sudah diperoleh dan mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai dipukul dengan objek keras,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags:

Category: Berita Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *