Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Al Fatihah. Murid 12 Tahun Ditemui M4ut Akibat Lemas Di Banting. Ini Kisahnya…

| November 14, 2018 | 0 Comments

Murid 12 Tahun Ditemui M4ut Akibat Lemas Di Banting. Ini Kisahnya… | Seorang murid darjah 6 ditemui maut akibat lemas di sebuah parit di Banting. Allahu. Al fatihah. Baca berita penuh.

MAYAT TERAPUNG DI PARIT

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui lemas di dalam sebuah parit di Jalan Pinang, Batu 8, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, di sini pada jam 2.40 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, mangsa, Muhammad Effizul Idham Fidaus, murid Tahun Enam di Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Panglima Garang ditemui orang awam yang melalui kawasan terbabit.

“Polis menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menemui seorang budak lelaki terapung di dalam sebatang parit di situ.

“Siasatan dan pemeriksaan pada fizikal tubuh mangsa mendapati tiada dijumpai sebarang kesan kecederaan. Polis turut menjumpai sebuah basikal dan baju T dipercayai kepunyaan mangsa berhampiran tempat kejadian.

“Polis juga mendapati di kiri kanan parit adalah kebun kelapa sawit, manakala di tepinya ada satu kolam,” katanya.

Kamalariffin berkata, siasatan juga mendapati orang awam ternampak dua hingga tiga orang budak mandi di kawasan terbabit sebelum kejadian berlaku.

“Pada awalnya tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat si mati, bagaimanapun berpandukan kepada basikal dan baju T sukan nama sekolah Sek Keb Telok Panglima Garang, identiti mangsa dikenalpasti oleh guru sekolah terbabit manakala ibu mangsa yang dihubungi mengesahkan mangsa adalah anaknya.

SEBUAH basikal dan baju T dipercayai milik Muhammad Effizul Idham Fidaus berhampiran tempat kejadian. – Ihsan Bomba

“Proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Banting mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan polis sedang mengesan rakan si mati yang ada ketika kejadian terbabit untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas, A Romzi Abu berkata, pihaknya tiba di lokasi pada jam 3 petang dan mengambil masa kira-kira 35 minit mengangkat mangsa ke atas.

“Operasi diketuai Komander Operasi, Mohd Faizal Samsudin bersama empat anggota bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi pihak polis. Kami mendapati terdapat mayat seorang kanak-kanak lelaki terapung di dalam parit.

” Anggota membantu pihak polis mengangkat mangsa ke tebing, mangsa seorang remaja lelaki berusia lingkungan 12 tahun, ” katanya.

Sumber: Berita Harian

Loading...

Tags: , , , ,

Category: Berita Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *