Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Pengalaman SER4M. Puting Beliung Muncul Di Alor Setar. Allahu. Ada VIDEO.

| October 11, 2018 | 0 Comments

Pengalaman SER4M. Puting Beliung Muncul Di Alor Setar. Allahu. Ada VIDEO. | Musim hujan lebat mula menimpa negeri Kedah yang menyaksikan beberapa tempat mula ditimpa banjir teruk. Lebih mengejutkan bila seorang pengguna lebuhraya merakam “sesuatu” yang menyeramkan. Subhanallah.

RIBUT KUAT, PUTING BELIUNG, HUJAN LEBAT, BANJIR DI KEDAH

Video penuh ada di hujung artikel. Baru-baru ini negeri Kedah telah mengalami angin ribut yang agak kuat di sekitar Alor Setar Kedah. Kejadian itu telah menyebabkan kerosakan di beberapa buah rumah dan jalan raya.

Berikutan daripada kejadian tersebut beberapa orang penduduk di sekitar Pendang Kedah telah mengimbau dan menceritakan kembali ketakutan mereka sewaktu kejadian puting beliung yang melanda kampung mereka beberapa tahun yang lepas.

Penduduk di Kampung Alor Besar masih lagi dalam keadaan trauma apabila mengenangkan kejadian puting beliung yang telah melanda kampung mereka. Di sini ada sedikit perkongsian pengalaman cemas mereka yang ketika itu sedang berhadapan dengan angin pusaran puting beliung yang seakan-akan mahu membaham kampung halaman mereka.

Seorang mangsa yang bernama, Norsila Aziz telah berkongsi sedikit pengalaman beliau ketika kejadian tersebut berlaku.

Ketika kejadian puting beliung itu berlaku, mangsa berada di dalam bilik di rumahnya bersama-sama dua orang anaknya iaitu Mohd Irfan Mohd Hafiz dan Nur Aishah Dayana yang masing-masing baru berusia dua dan empat tahun.

Suaminya pula pada masa itu berada di kawasan sawah padi. Katanya lagi, pada masa itu Norsila mendengar bunyi angin yang sangat kuat dan angin tersebut mampu menerbangkan zink, kayu dan bahagian bumbung rumahnya. Masa itu Norsila hanya mampu memeluk kuat anak-anaknya dan dalam ingatannya hanya ingin mahu segera lari meyelamatkan anak-anak.

Setelah angin reda Norsila bersama-sama dengan anak-anaknya keluar menuju ke rumah ayahnya yang terletak kira-kira 200 meter. Rumah ayahnya juga sudah rosak teruk di bahagian bumbung.

Namun, timbul rasa syukur yang amat sangat ke dalam dirinya kerana mereka semua selamat dalam kejadian tersebut. Katanya lagi, sampai sekarang kejadian tersebut masih bermain-main di dalam fikirannya dan sukar sekali untuk dilupakan.

Selain itu, seorang lagi mangsa yang bernama Rejab Ahmad berkata pada kejadian tersebut dia ketika itu berada di kawasan sawah yang berhampiran dengan rumahnya. Menurutnya, angin puting beliung tersebut amat dekat sekali dengannya bahkan air di dalam sawah padi sudah menjadi kering apabila angin tersebut melaluinya.

Bunyi angin tersebut sangat kuat seperti bunyi mesin membajak sawah dan tingginya hingga mencapai langit. Ketika itu Rejab sudah lari menyelamatkan diri dan pada perkiraannya, dia akan lari menyorok ke dalam parit jika angin tersebut menghampirinya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira puku 4.30 petang itu, sekurang-kurangnya 10 buah rumah di Kampung Alor Besar termasuk sebuah sekolah mengalami kerosakan yang teruk terutama pada bahagian bumbung dan dinding setelah diterbangkan oleh puting beliung selain dihempap pokok.

Kejadian tersebut meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap para penduduk di kampung tersebut. Namun, mereka sangat bersyukur kerana masih berpeluang bernafas di bumi Allah lagi.

VIDEO PUTING BELIUNG DI TEPI LEBUHRAYA PLUS PENDANG-ALOR SETAR

Sumber: Orang Kedah

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Berita Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *