Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Khemah Sekolah Di Hutan. Tindakan Cikgu Ketika Pelajar Kena Histeri4 Buat Ramai KAGUM

| October 21, 2018 | 0 Comments

Khemah Sekolah Di Hutan. Tindakan Cikgu Ketika Pelajar Kena Histeri4 Buat Ramai KAGUM | Perkhemahan pelajar sekolah tingkatan 4 gempar bila ramai tiba-tiba kena histeria. Tindakan mengejutkan seorang cikgu wanita atasi perkara tu buat ramai kagum. Jom baca. Seperti diceritakan oleh FB Izzuddin Yussof

PELAJAR MULA HISTERI BILA KAWAN BERKELAKUAN ANEH

Wife ada kem dengan pelajar sekolah, macam biasa tanyalah dia, best ke?

Dia tergelak. “Ada gangguan.” katanya.

Al-kisahnya…. Sebelum pergi kem lagi seorang parent kepada pelajar ni dah bagitau, anak dia ni senang diganggu. Jadi mintak sangat dia tak masuk ke sungai, hutan dsb

Permintaan macam ni bukanlah sesuatu yang jarang berlaku, tapi macam biasa cikgu take note jelah. Sebab nak buat macam mana kan kem tu memang kat dalam hutan 😅

Kita namakanlah pelajar tu Latifah ye (bukan nama sebenar)

Pada malam harinya, tiba-tiba pelajar-pelajar perempuan ni ramai yang duk menangis. Rupanya Latifah ni duk mula cakap benda-benda macam “aku nak pergi sungai la, dia duk lambai panggil aku datang”

Bak kata salah seorang cikgu yang memang biasa dengan benda-benda ni, dia kata histeria tu macam “tiba-tiba tak sedap hati, lepas tu rasa nak nangis”.

Wife aku pun duk tenangkan lah bebudak ni. Suruh baca Ayat kursi, Yasin, bagi air, dll. Ramai yang dah mula start okay, melainkan sorang ni, Sarimah (bukan nama sebenar)

Latifah cakap dia nampak benda dah masuk dalam badan Sarimah. Kawan Sarimah duk try sembang-sembang dengan dia.

Kawan Sarimah: kau kenal tak kau siapa?

Sarimah: tak kenal….

Kawan Sarimah: kau kenal tak aku siapa?

Sarimah: kenal. Mona (bukan nama sebenar)

Kawan Sarimah: tapi kau tak kenal kau siapa?

Sarimah: Tak

Dan berterusan dan berterusan

Benda tu cakap dia masuk ke dalam badan Sarimah sebab dia suka kat Sarimah, nak jadi kawan dia. Kawan Sarimah tu marah balik, cakap Sarimah tu kawan aku, bukan kawan kau. Lepas tu ada benda tu bagitau yang diorang ni ada kacau tempat dia.

Dia hidup kat sungai kawasan tu. Dan bebudak ni ada lompat-lompat terjun masuk sungai tu, benda ni cakap ada budak tu lompat sampai kena kepala dia (aku dah tergelak dah Wife aku cite part ni).

Siap dia boleh tunjuk lagi mana budaknya. Dan cikgu ni sebab nak suruh benda ni keluar dari badan Sarimah sampai suruh budak laki ni mintak maaf kat Sarimah / benda tu

Budak tu pun datanglah mintak maaf. “minta maaf”, katanya.

Wife aku tengok je diorang ni sembang. Skeptikal tu memang ada lah. Tapi masih takdelah menafikan sepenuhnya. Sebab dia memang dah pernah ada pengalaman kawan dengan jenis yang senang kena kacau ni. Dan semakin lama tengok memang budak tu lain daripada yang diorang kenal.

Wife aku ada cuba bacakan ayat kursi, surah al-isra’ (dia biasa rawat kawan dia dulu2 dengan surah ni), bagi air. Tapi tak jalan.

Lepas tu ustaz-ustaz ni suruh baringkan dia. So diorang pun baringkanlah. Dan wife aku sekali lagi cuba baca ayat dan surah al-isra’ dekat air dan sapu muka Sarimah dengan air tu.

Lepas sapu tu mata dia tertutup. Dan bila bukak je semua orang tau dia dah balik. Bila tanya nama siapa, dia boleh jawab “Sarimah”

Malam tu Sarimah, Latifah dan Mona tidur sekali kat dalam bilik cikgu.

Wife aku dengan kawan dia tak dapat tidur. Sebab Latifah tu duk mumbling masa tidur. Wife duk terbayang Latifah tu tiba-tiba berdiri tegak pandang diorang dari belakang. Ni pengaruh cite hantu la ni 😆

Tapi kes tu tak habis kat situ….

Pagi esoknya dia kena rasuk lagi. Dan dia dibawa ke bilik cikgu sekali lagi sebab tak nak affect bebudak yang lain

Dialog bersambung antara makhluk tu, cikgu berani tu dan Mona. Diorang duk tanya dia, kenapa nak kawan dengan Sarimah, dia kan ada kawan dia yang lain…

Tapi ‘dia’ cakap yang lain tak suka kawan dengan dia. Sebab tu dia nak kawan dengan Sarimah. Cikgu yang berani dengan benda-benda ni tanyalah dia, ada ke kawan dia tu kat sini.

Ada.

Cikgu-cikgu yang takut ni dah semakin meremang.

“Mana?”

Tu.

Dia tunjuk ke arah dua orang cikgu kawan wife aku. Menjerit terus diorang (diorang ni memang jenis takut dengan hantu) lari ke belakang cikgu yang berani tu.

“Dia ada jugak suka kat seseorang kat sini”

Sini. Yang ada kat dalam bilik guru tu.

“Dia suka kat siapa?”

“Tu”

Dia tunjuk kat kawan baik wife aku, salah seorang daripada cikgu paling penakut dalam bilik tu.

Terus takut gile cikgu tu sampai balik ke sekolah duk risau kalau benda tu ikut dia 😅.

“Kenapa kawan kau suka kat dia?”

“Sebab dia cantik. Dengan dia galak”

😅😅😂

Dialog demi dialog diorang dapat tau yang benda tu lelaki. Bila ditanya umur berapa dijawabnya “dua”. Entahlah dua apa, tapi memang gaya cakapnya macam gaya budak yang innocent.

Memang cikgu berani tu cakap dia ni memang okay. Tak aggressive. Menunjukkan memang kemungkinan besar dia budak. Diorang tanya gak bentuk dia. Dia katalah dia ada kaki, tangan…

Last-last akhirnya berbalik kepada diorang mintak dia keluar. Dia cakap boleh, tapi dengan satu syarat.

Jangan ganggu tempat dia lagi.

Diorang pun setuju lah. Diorang kata kat benda tu memang hari ni diorang last, nanti nak balik dah.

Dia tanya, “betul?”

“Ye betul”

“OK la, saya keluar. Babai”

Terus Sarimah tu pengsan.

“ooo macam tu ekk. Keluar dia terus pengsan?”

Tak lama lepas tu Sarimah tu terjaga, dan dia pun macam dah balik kepada diri dia.

Sekianlah kisah pengalaman wife aku haha. Selalu dengar orang cerita kisah orang lain. Bila dengar pengalaman live dari wife sendiri ni rasa lain menariknya tu haha. Lagipun jin tu pun macam unik.

Sumber: Pena Viral via FB Izzuddin Yussof

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: Sekolah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *