Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Gempa Bumi Sulawesi. Penduduk Kaget Semburan Api Muncul Dari Tanah Lumpur. Ini Puncanya.

| October 2, 2018 | 0 Comments

Gempa Bumi Sulawesi. Penduduk Kaget Semburan Api Muncul Dari Tanah Lumpur. Ini Puncanya. | Tak reda kesedihan gempa bumi Sulawesi yang dah korbankan 1000 orang, penduduk kini kaget apabila muncul pula semburan api dari tanah lumpur. Selepas pakar buat siasatan, puncanya amat mengejutkan. Allahu.

TRAGEDI GEMPAR BUMI SULAWESI

SEMENANJUNG Minahassa, Sulawesi, Indonesia digegar gempa lagi, pada 1.43 tengah hari ini, dengan kekuatan sederhana bermagnitud 5.2.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 100 kilometer (km) ke Utara Palu, dengan kedalaman 10 km.

Tiada ancaman tsunami berikutan gempa itu.

Pada Jumaat, gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Donggala, Sulawesi Tengah, pada 5.02 petang waktu tempatan (6.02 waktu Malaysia) mengakibatkan tsunami di kawasan pantai Palu.

Bencana itu dilapor mengorbankan kira-kira 800 nyawa setakat ini.

Penduduk Gempar Muncul Pula Semburan Api Bawah Tanah

JAKARTA – INDONESIA. Susulan gempa bumi menggoncangkan bandar Donggala dan Palu di Sulawesi Tengah, dengan kekuatan 7.5 pada skala Richter, penduduk Mamuju Tengah, dikejutkan fenomena luar biasa.

Memetik laporan Liputan6 SCTV, fenomena air lumpur menggelegak dan semburan api dikatakan berlaku di ladang kelapa sawit.

Masyarakat di Kampung Salugatta, memberitahu, lubang terbentuk selebar satu meter telah memuntahkan lumpur dari tanah disusuli api pada ketinggian dua meter.

Pada Sabtu lalu, lumpur itu ditemui dan semalam, selepas gempa berlaku, api kelihatan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun untuk mengelakkan orang ramai menghampiri kawasan itu, pita keselamatan telah dipasang oleh polis.

Penduduk dan polis bertindak membersihkan kawasan itu dari bahan mudah bakar bagi mengelakkan api menyambar sekaligus mengakibatkan kebakaran.

Pakar geologi dan saintis yang telah bergegas melakukan kajian di situ tidak menolak kejadian itu berlaku kerana gempar bumi yang telah menggerakkan plat bawah bumi dan menolak keluar bahan bakar seperti gas asli mahupun bitumin keluar dan akhirnya menyebabkan kebakaran.

VIDEO SEMBURAN API MUNCUL DARI TANAH LUMPUR

Sumber: Sinar Harian dan Harian Metro via Sweet Nutella

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *