Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Berjalan 20KM Ke Tempat Kerja. Tindakan Bos Budak Tu Buat Ramai Tersentap

| October 4, 2018 | 0 Comments

Berjalan 20KM Ke Tempat Kerja. Tindakan Bos Budak Tu Buat Ramai Tersentap | Siapa sangka kesungguhan berjalan kaki 20km ke tempat kerja dibalas “sesuatu” mengejutkan oleh bos beliau. Ada lagi ke bos camni ye?

VIRAL JALAN KAKI KE TEMPAT KERJA, PEKERJA DIBERI HADIAH KERETA

Bos Beri Hadiah Kereta Kepada Lelaki Ini Sebab Kagum Dan Terharu Dengan Kesungguhan Berjalan Sejauh 20km Ke Tempat Kerja. Mesti ramai yang tidak sanggup berjalan kaki sejauh 20 kilometer untuk sampai ke tempat kerja. Tetapi, lelaki ini membuktikan sebaliknya.

Walter Carr, seorang pelajar kolej di Birmingham diterima untuk bekerja dengan sebuah syarikat perkhidmatan pindah rumah ‘Bellhops Movers’ pada Ahad lepas, tetapi keretanya rosak.

Kereta Carr rosak pada malam sebelum hari pertamanya berkhidmat dengan syarikat itu dan dia tahu bahawa dia tidak boleh terlewat.

Jadi, dia tiada pilihan lain melainkan berjalan kaki sepanjang malam untuk tiba di tempat kerjanya pada masa ditetapkan.

Dia meninggalkan rumah pada tengah malam dan memutuskan untuk sampai 7 jam kemudian.

Kira-kira tiga jam berjalan, Carr mendapati dirinya berada di Pelham. Dia terserempak dengan polis, lalu mereka menumpangkannya.

Sebaik sahaja polis mendengar ceritanya, mereka membawa Carr bersarapan pagi. Kemudian, mereka membawanya ke sebuah rumah, di mana dia dijadualkan bertugas mengemas dan mengangkut barang di situ pada hari pertama dia bekerja.

Carr tiba di rumah Jenny Hayden Lamey dan keluarganya awal, sebelum petugas lain tiba.

Ketika menghantarnya, polis telah berkongsi kisah Carr dengan Lamey dan tuan rumah itu amat kagum dengan kesungguhannya.

”Saya menjemput Carr untuk makan, tetapi dia mahu terus bekerja. Saya tidak boleh memberitahu bagaimana saya begitu tersentuh dengan perjalanannya itu. Dia sangat baik, merendah diri serta mempunyai impian yang besar,” tulis Lamey dalam laman facebooknya.

Posting itu segera tular dan mendapat perkongsian yang banyak hingga sampai ke pengetahuan CEO syarikat Bellhops, Luke Marklin yang berbesar hati menghadiahkan kereta Ford Escape (2014) kepada pekerjanya itu.

Bos itu memandu dari Chattanooga dan menyerahkan sendiri kereta itu kepada Carr.

Video Bos Hadiahkan Kereta Kepada Pekerja Komited

Sumber : Sacbee, Siakapkeli via Resepi Mudah Sedap

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *