Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Adam Corrie Beri Ulasan PADU Tentang Isu Ar4k Buat Ramai Umat Islam SETUJU

| October 12, 2018 | 0 Comments

Adam Corrie Beri Ulasan PADU Tentang Isu Ar4k Buat Ramai Umat Islam SETUJU | Adam Corrie yang merupakan saudara Islam baru dahulu pernah lalui pengalaman minum arak. Ulasan terkini beliau sangat mengejutkan buat ramai umat Islam setuju. Allahu.

ARAK NI TIADAK KEBAIKAN LANGSUNG

Seperti diperkatakan oleh Adam Corrie

Banyak lagi keburukan yang tak sampai hati nak saya senaraikan. Jadi jgn libatkan diri dgn arak atau sebarang pesta arak.

Saya dulu minum arak sbb memang budaya org cina minum arak. Bkn kerana ingin minum. Tp kalau org Islam bkn budaya malah ditegah minum . HARAM

Saya berhenti minum arak 5tahun sebelum syahadah krn saya tahu tiada manfaatnya pada diri saya. Saya bkn ustaz, bkn org politik .. . Saya hanya seorang artis cina muslim biasa-biasa sahaja. Pandangan kecil dan kongsi pengalaman shj. 😊

Sumber: FB Adam Corrie

SEJARAH ADAM CORRIE PELUK ISLAM

PELAKON Adam Corrie mendedahkan dia pernah bergelar seorang atheis iaitu tidak mempercayai kewujudan tuhan sebelum memeluk agama Islam.

Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 50, bagaimanapun mendedahkan sepanjang bergelar seorang atheis kehidupannya berasa sangat kosong dan tiada pegangan sebelum mendapat hidayah daripada Allah untuk mencari kebenaran.

“Saya dilahirkan daripada keluarga agama Budha. Kemudian saya pernah jadi atheis. Tidak percaya pada tuhan.

“Kemudian saya rasa kosong dalam hidup ini. Tiada pegangan dalam hidup. Tapi itulah nama hidayah.

“Apabila kita mencari kebenaran, Allah campakkan hidayah dalam diri ini. Alhamdulillah,” kata Adam.

Adam memuat naik perkongsian mengenai penghijrahannya menerusi Twitter dan ia mendapat perhatian netizen.

Rata-rata mereka tertarik dengan kisah perjalanan hidup Adam dan bersyukur kerana pelakon KL Gangster itu antara yang terpilih menerima hidayah daripada Allah.

Malah ada juga segelintir pengikutnya di laman sosial yang memberi pandangan berbeza mengenai perkara itu.

Antara komen positif netizen.

Bagaimanapun, menurut Adam, setiap manusia mempunyai hak untuk bersuara dan mereka juga mempunyai pilihan untuk ke syurga atau neraka.

“Betul… Semua orang ada hak bersuara untuk diri sendiri. Pilihan tersebut ada di tangan kita.

“Nak ke syurga atau ke neraka. Tiada siapa yang memaksa. Pandai-pandailah buat pilihan untuk diri sendiri,” katanya.

Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.

Sumber: Mstar

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Berita Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *