Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Sebelum Bercadang Untuk Berkhelah Di Air Terjun, Anda Patut Fikirkan PERKARA Ini

| September 1, 2018 | 0 Comments

Semoga tips berkelah air terjun ni dapat membantu anda. Malang kan tak berbau. Semoga bermanfaat.

Sebelum Bercadang Utk Berkhelah Di Air Terjun, Anda Patut Fikirkan PERKARA Ini| Perhatian, Kes berkaitan penyakit kencing tikus atau ‘leptospirosis’ kini semakin di tahap yang membimbangkan, terutamanya di Johor. Ya, ia mampu meragut nyawa! Lazimnya, manusia terkena jangkitan penyakit ini setelah berlakunya sentuhan terhadap air, tanah dan makanan yang telah tercemar.

JOHOR MENCATAT KES LEPTOSPIROSIS PALING TINGGI
Menurut The Star, Johor telah mencatatkan sebanyak 222 kes pada bulan ini berbanding 205 kes pada tahun lepas. Bukan itu sahaja, jumlah kematian telah meningkat daripada 9 hingga 13 tahun, daripada tahun 2016.

Terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada penyakit berbahaya ini. Salah satunya adalah disebabkan banjir kilat yang melanda Johor pada bulan Jun yang lalu.

SAMPAH SARAP JADI PUNCA
Tamhaban pula, penularan wabak kencing tikus ini juga boleh disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab segelintir manusia yang bertindak membuang sampah di kawasan rekreasi di hutan, taman, tasik, bahkan di kawasan air terjun!

Mereka ini dengan sambil lewa tidak langsung mementingkan kebersihan, dan mengamalkan sikap ‘tidak apa’.

Mereka sering mengabaikan papan tanda yang diletakkan berdekatan kawasan itu yang melarang mereka membuang sampah dan perlu memastikan kawasan itu sentiasa bersih.

Selalunya, persekitaran kotor ini akan menggalakkan tikus dan haiwan perosak lain membiak, lantas akan meningkatkan risiko penyakit berbahaya. Di manakah kesedaran sivik kita?

Penduduk berdekatan, para penjaja dan pelawat yang berkunjung ke taman rekreasi juga perlu diingatkan supaya tidak membuang sampah dan sisa makanan ke dalam longkang dan saluran air.

Semuanya bermula dengan anda, jadi jangan menyalahkan pihak berkuasa jika anda terdedah kepada penyakit berbahaya.

Antara simptom lain penyakit ini adalah sakit perut, selesema dan demam yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. Selain daripada leptospirosis, beberapa penyakit pasca banjir biasa yang lain adalah kolera, kepialu, denggi dan melioidosis yang juga dipantau oleh Jabatan Kesihatan Negeri.

Ayuh rakyat Malaysia, kita boleh lakukan sesuatu yang lebih baik daripada ini! Lakukan apa sahaja yang anda mampu untuk mengelakkan penyebaran penyakit ini. Jangan membuang sampah merata-rata!

Sumber: EraBaru

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *