Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Cadangan Ahli UMNO Terhadap Anwar Di PAU 2018 Ni Buat Ramai Penyokong PH Tergelak

| September 29, 2018 | 0 Comments

Cadangan Ahli UMNO Terhadap Anwar Di PAU 2018 Ni Buat Ramai Penyokong PH Tergelak | Dalam kehambaran Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2018, ada ahli UMNO beri cadangan mengejutkan terhadap Anwar yang buat ramai penyokong PH tergelak bila dengar. Tak sangka.

AHLI UMNO AJAK ANWAR TUBUH KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO DAN PAS. ERK? !!!

Seorang perwakilan Umno berkata beliau sanggup menerima pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri akan datang jika partinya bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Bercakap kepada Malaysiakini dengan syarat enggan namanya disiarkan, perwakilan itu berkata beliau lebih memilih Umno membentuk kerajaan perpaduan bersama PAS dan PKR.

Dia percaya Anwar ialah orang yang sesuai menjadi perdana menteri kerana senioriti dan pengalamannya.

“Anwar boleh jadi perdana menteri dan mungkin beliau akan melantik dua timbalan perdana menteri, seorang PAS dan seorang lagi Umno,” kata perwakilan dari bahagian Pendang, Kedah itu.

Perwakilan berkenaan juga yakin hal ini dapat diuruskan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri kerana beliau dikenali sebagai penyokong Anwar pada era 1990an.

Perwakilan tolak idea kerjasama BERSATU

“Anwar ialah pemimpin yang boleh menumbangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya ketika ditemui pada persidangan sayap Umno di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, para anggota parlimen Umno telah bersetuju supaya Zahid meneroka kemungkinan membentuk perjanjian dengan pihak lain bagi tujuan untuk tidak mahu menjadi pembangkang.

Ahmad Zahid juga pernah berjanji untuk bekerjasama dengan PAS dan beliau dilaporkan berkata parti itu bersedia membentuk kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti HARAPAN agar membolehkan kembali menjadi kerajaan.

Majoriti perwakilan menolak idea Umno menjalin hubungan dengan BERSATU kerana mendakwa pengerusinya Dr Mahathir Mohamad menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak melalui tuduhan fitnah.

Perwakilan Wanita Umno Cheras, Wan Rokiah Wan Din, 55, berkata dirinya lebih memilih PKR sebagai sekutu Umno berbanding BERSATU, yang dipimpin Dr Mahathir.

Umno perlu perbaiki masalah, bersih imej

“Saya tidak suka Dr Mahathir kerana beliau memecah belahkan antara kaum selepas kembali ke jawatan Perdana Menteri tahun ini dan beliau orang yang bertanggungjawab terhadap 25 pertuduhan yang dikenakan kepada Datuk Seri Najib Razak di mahkamah. Saya rasa Najib tidak bersalah, beliau telah difitnah.

“Tetapi Anwar tidak pernah berkata (buruk) tentang Umno. Kekecohan baru-baru ini dalam pemilihan parti PKR tidak ada kaitan dengan Anwar, ia dilakukan oleh anggota akar umbi parti,” katanya.

Perwakilan Umno itu berkata dia boleh menerima jika Ahmad Zahid atau Anwar menjadi perdana menteri yang akan datang.

Ketua Umno Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii percaya kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS hanya dapat dibentuk pada masa yang sesuai selepas Umno mendapat semula keyakinan orang ramai.

Umno perlu memperbaiki masalah dan membersihkan imejnya dan tidak dilihat tergesa-gesa untuk membentuk kerajaan bersama PAS, katanya. (Sumber: Malaysiakini)

PAU 2018 – PENIAGA TAK UNTUNG SEPERTI DAHULU

Ketika era Umno masih berkuasa, perhimpunan agung tahunannya di PWTC, Kuala Lumpur, merupakan acara wajib bagi anggota parti dan juga orang awam.

Ramai yang akan memenuhi reruai yang menjual pelbagai barangan pada harga yang berpatutan, terutama pakaian tradisional Melayu.

Bagaimanapun pada perhimpunan kali ini, ruang jualan yang dibuka tampak sedikit suram – tidak lagi menarik ramai hadirin dan terletak di ruang lebih kecil di aras dua.

Ia jauh berbeza berbanding tahun lalu apabila ruang jualan melimpah sehingga ke dewan besar di aras tiga.

Sejumlah peniaga yang ditemui Malaysiakini merungut perniagaan mereka tidak serancak sebelum ini.

Peniaga pakaian Hasinah Omar misalnya bimbang jika dia akan menanggung kerugian pada tahun ini.

Wanita berusia 60 tahun itu berkata dia tidak pernah melepaskan peluang untuk menyewa reruai pada perhimpunan tahun-tahun sebelumnya dan pernah mencecah hasil RM30,000.

“Tapi tahun ini saya bimbang mungkin tak balik modal.

“Sewa sebanyak RM3,000 untuk tiga hari. Saya bawa semua barang dari Kelantan dengan lori dan tinggal di hotel. Ini kos yang perlu ditanggung,” katanya.

Hanisah berkata setakat pagi tadi tadi, dia hanya berjaya menjual sepasang kain batik dan dua helai tudung.

Seorang lagi peniaga yang ditemui Malaysiakini berkata pada 2017, ruang jualan begitu sesak tidak mengira waktu sehingga sukar untuk bergerak.

“Hari ini senyap dan tak ramai yang datang untuk membeli,” kata Siti Abdullah, 24 tahun.

Menurut Siti, kedainya menawarkan tiga pasang kain empat meter pada harga RM100, walaupun biasanya dijual di pasaran pada harga RM70 sepasang. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Tags: , , ,

Category: Berita Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *