Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Anak Dlm Kandungan Disahkan Akan Mati Lepas Lahir. Apa Yang Ibu Ini Buat Sangat Sayu

| July 8, 2018 | 0 Comments

Semoga ibu dan keluarga tabah hadapi dugaan ni. Sedih.

Anak Dlm Kandungan Disahkan Akan Mati Lepas Lahir. Apa Yang Ibu Ini Buat Sangat Sayu | Penaviral – Pasangan ini debirikan ujian yang amat berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Anak dalam kandungannya telah disahkan oleh Doktor akan meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan. Apa yang dilakukan oleh ibu ini lepas tu sangat MENGEJUTKAN !!!

MENGIDAP PENYAKIT TERPENCIL- ANENCEPHALY
Anak yang dikandung oleh ibu ini telah disahkan mengidap penyakit Anencephaly. Penyakit ini sangat jarang boleh berlaku ia adalah penyakit 1 dalam 100,000 kelahiran bayi.

Penyakit yang dianggap terpencil ini berlaku dimana semua bahagian tengkorak atas kepala & otak tidak membentuk semasa dalam kandungan. Walaubagaimanapun bahagian lain seperti badan, tangan kaki, buah pinggang, jantung semuanya terbentuk sempurna.

Oleh yang demikian, Doktor telah menyatakan bahawa bayi ini hanya dapat hidup semasa didalam perut ibunya sahaja & dia tidak akan bertahan lama selepas kelahiran.

gambar

gambar

gambar

DUNIA MENJADI GELAP
Menurut pasangan ini, Selepas mendapat perkhabaran ini dunia telah menjadi gelap & mereka tidak dapat menggambarkan perasaan sedih, perit yang seperti tidak mampu ditanggung.

Manakan tidak, bayi yang dikandung terasa degupan jantungnya, terasa pergerakannya, terasa tendangan kaki kecilnya ini yang ditunggu-tunggu selama ini bakal menghembuskan nafas terakhir sebaik sahaja dilahirkan. Berat mata memandang, terlalu berat bahu pasangan ini yang memikul terutama kepada siibu yang mengandungkannya.

DOKTOR BAGI 2 PILIHAN
Doktor telah memberi 2 pilihan kepada pasangan ini samaada mahu gugurkan kandungan ini diperingkat awal ataupun pilihan kedua tunggu bayi ini dilahirkan semasa cukup umurnya 9 bulan didalam perut tetapi mesti menerima hakikat bahawa bayi ini akan tetap pergi sebaik sahaja kelahirannya.

Setelah berfikir panjang, Si ibu yang tabah ini telah memilih pilihan ke 2 untuk terus mengandungkan bayi ini sehingga 9 bulan & lahirkannya. Ini kerana dia bercadang untuk menderma organ-organ badan bayinya itu kepada bayi-bayi lain agar sekurang-kurangnya satu nyawa bayi lain dapat diselamatkan kerana bayinya mempunyai organ-organ buah pinggang, jantung etc lain yang sempurna.

Wahh…sungguh mulia hati ibunya. Satu pilihan yang amat berat namun terpaksa dilakukan jua. Siapa tak sedih kalau anak yang dikandung 9 bulan, hari-hari dapat rasa tendangannya, bergerak-gerak dalam perut tapi mengetahui bahawa bayi itu akan meninggal sebaik sahaja dilahirkan.

gambar

gambar

gambar

gambar

VIDEO PASANGAN INI MEMBERI INSPIRASI KEPADA ORANG LAIN

Semoga pasangan ini terus tabah menghadapi hari-hari mendatang. Sesungguhnya kisah kamu ini telah menjadi inspirasi kepada ramai orang. Saluteee. Untuk bacaan artikel penuh boleh rujuk NTD Life.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *