Susulan Kes KONGSI GELAP Maut Ditikam & Digilis. ISTERINYA Telah Melakukan… !!!

| December 20, 2017 | 0 Comments

Susulan Kes KONGSI GELAP Maut Ditikam & Digilis. ISTERINYA Telah Melakukan… !!!| JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut ditikam dan digilis sebuah kereta selepas diserang di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini, malam ini. Lebih mengejutkan apabila ISTERINYA telah bertindak berani tampil semula ke tapak pembunuhan untuk…MENGEJUTKAN !!!

MANGSA SEDANG ISI ANGIN TAYAR KERETA
Dalam kejadian jam 7.30 malam, mangsa yang berusia lingkungan 30-an meninggal dunia di tempat kejadian. Sebelum itu, mangsa bersama isterinya wanita warga asing berusia 20-an menaiki kereta jenis Volkswagen Polo berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kereta. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata sejurus kemudian datang sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta BMW berwarna putih menghampiri kereta mangsa.

MANGSA CUBA PERTAHANKAN ISTERI
“Seorang daripada suspek dipercayai keluar dari kereta dan menarik isteri mangsa sebelum wanita terbabit berjaya menyelamatkan diri. “Mangsa cuba mempertahankan isterinya kemudian bergelut dengan seorang daripada suspek sebelum suspek yang lain melanggar mangsa sebanyak dua kali,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini. Mohd Khalil berkata, suspek kemudiannya membaling mercun bagi menakutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sebelum melarikan diri.

MENINGGAL AKIBAT DITIKAM & DILANGGAR
“Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dada kiri disyaki ditikam serta kecederaan akibat dilanggar. “Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. Mohd Khalil berkata, polis memohon orang ramai yang terlihat atau mengesan kedudukan suspek yang menaiki kereta BMW berwarna putih dengan nombor pendaftaran WB 79 L untuk tampil membantu siasatan. “Sesiapa mengenali atau dapat mengesan kenderaan ini diminta untuk menghubungi Balai Polis terdekat atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-2212999 dengan kadar segera,” katanya.

ISTERI TAMPIL BERANI MELAKUKAN UPACARA SEMBAHYANG BERSAMA SAMI
Isteri kepada seorang lelaki yang maut ditikam dan digilis di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi Johor Bahru semalam hadir di stesen minyak untuk majlis upacara sembahyang. Keesokannya Upacara yang bermula jam 4.45 petang (19.12.2017) diketuai seorang sami.

VIDEO ISTERI LAKUKAN SEMBAHYANG DI TEMPAT PEMBUNUHAN

Sumber: BH Online & Kaki Share

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *