Nur Amalina Mengamuk Balas Komen Netizen “Anda Tonton Video LUC@H?” !!!

| December 20, 2017 | 0 Comments

Nur Amalina Mengamuk Balas Komen Netizen “Anda Tonton Video LUC@H?” !!!| Seorang pengguna Twitter terpaksa menyahaktifkan akaun miliknya selepas membuat satu teguran sinis kepada pelajar pintar Malaysia yang kini bertugas sebagai seorang doktor pakar bedah di London, Dr. Amalina Bakri.

ADA LELAKI KRITIK PENAMPILAN NUR AMALINA
Amalina, atau Nur Amalina Che Bakri, merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2004 dan kini berkhidmat sebagai pakar bedah di sebuah hospital terkemuka di London. Pengguna Twitter berkenaan, yang dipercayai seorang lelaki, pada awalnya membuat teguran berbaur sinis terhadap penampilan Amalina yang berbeza berbanding ketika dia menetap di Malaysia dahulu.

JAWAPAN BALAS AMALINA YANG PEDASSS
“Rugi belajar jauh-jauh tapi jadi macam ni,” tulis lelaki tersebut. Namun sebagai wanita berpendidikan, Amalina nyata mempunyai jawapan yang jauh lebih ‘pedas’. “Rugi ke? Saya melakukan dua pembedahan hari ini, seorang hampir mati dan seorang lagi hampir kehilangan kaki. “Apa yang anda lakukan hari ini? Tonton video lucah?” tanya Amalina sinis.

LELAKI ITU TERPAKSA NYAHAKTIFKAN TWITTER
Gara-gara jawapan itu, lelaki itu kemudiannya menyahaktifkan akaunnya. Netizen rata-rata menyokong jawapan Amalina itu dan menyifatkan teguran lelaki berkenaan sebagai tidak bertempat. Kata mereka, menegur ada caranya, apatah lagi jika orang yang ingin ditegur itu bukan calang-calang. “Menegur, menghina dan menyindir, adalah tiga perkara yang berbeza,” tulis seorang pengguna Twitter, @dhiya_ma.

Sumber: Gempak

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *