TULAR Game Mati 5 Saat, Wartawan Berjaya Mendapatkan Respon Dari Pelajar Itu..MENGEJUTKAN !!!

| October 18, 2017 | 0 Comments

TULAR Game Mati 5 Saat, Wartawan Berjaya Mendapatkan Respon Dari Pelajar Itu..MENGEJUTKAN !!!| Penaviral – Pelajar yang baru-baru ini tular kerana bermain game mati 5 saat telah berjaya dihubungi wartawan tv 3 & mendapatkan respon daripadanya. Menurut pelajar itu selepas video itu tular, dia telah dimarahi teruk oleh ibubapanya. Selepas mengetahui impak besar yang mungkin dihadapinya kesan dari permainan itu, dia mengaku bahawa telah insaf & turut menasihati orang lain supaya tidak mengikuti jejak langkahnya bermain permainan itu yang boleh membawa risiko Maut & Strok.

TULAR DI MALAYSIA & INDONESIA
Baru-baru ini tular sebuah video tentang ‘permainan’ terkini pelajar di asrama, yang dipanggil #PassOutChallenge atau menekan dada dan ‘mati selama lima saat’. Permainan gila berasal daripada media sosial dan online tersebut semakin popular di Malaysia selepas mencetuskan kebimbangan di kalangan ibu bapa di Malaysia & Indonesia sejak awal tahun ini.

DIKRITIK TERUK NETIZEN
Kegilaan terkini remaja itu telah dikritik hebat oleh pengguna laman sosial dan meminta warden asrama memantau aktiviti anak-anak di asrama. Menerusi sebuah video berdurasi 25 saat yang tular semalam, menunjukkan seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah menengah melakukan aksi menekan dada rakan sebayanya yang berdiri dan bersandar dinding.

Seorang lagi remaja lelaki lain kemudian turut menolak belakang badan rakannya bagi memberi kesan tolakan lebih kuat pada dada remaja yang sedang bersandar. Selepas beberapa saat, remaja yang bersandar itu tiba-tiba rebah menyebabkan dua rakannya itu panik seketika sebelum ketiga-tiganya ketawa apabila remaja pertama tersedar daripada ‘kematian’.

BOLEH MEMBAWA MAUT & STROK
Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Kluster Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora menyifatkan perkara tersebut sebagai kerja gila dan keterlaluan.
“Itu kerja gila kerana tindakan itu boleh bawa maut atau remaja berkenaan mendapat serangan strok.

“Gurauan yang keterlaluan kerana mereka boleh mati sekiranya oksigen tidak sampai ke otaknya selama tujuh saat. “Bagi saya ia tindakan yang bodoh kerana selain boleh mengakibatkan kematian, serangan strok juga boleh berlaku menyebabkan remaja terbabit lumpuh.

OKSIGEN TIDAK SAMPAI KE OTAK
“Apabila dada kita ditekan, ia menghentikan fungsi jantung yang menghantar oksigen ke otak seterusnya menyebabkan kematian,” katanya. Pada March 2016, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Carolina Selatan, ditemui maut di rumahnya selepas bermain permainan cabaran ‘pass out challenge’.

‘Pass-out-challenge’ adalah permainan yang memerlukan pemainnya mencekik leher atau menekan dada dengan tujuan untuk menjadi khayal kerana kekurangan oksigen.

Sumber: Buletin Utama TV 3 & GEMPAK.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *