Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Seorang Ibu Berkongsi Kisah Anak Melecur Di Mulut HANYA KERANA.

| October 28, 2017 | 0 Comments

Seorang Ibu Berkongsi Kisah Anak Melecur Di Mulut HANYA KERANA. | Penaviral – Seorang ibu bernama Courtney N Davis telah berkongsi kisah bagaimana bayi perempuannya telah mengalami kecederaan dengan melecur di mulut apabila telah memasukkan pengecas telefon bimbit yang tidak dimatikan ke dalam mulutnya.

MELECUR DI MULUT
Courtney yang berasal dari Kentucky, Amerika Syarikat telah menghantar imej bayi perempuannya yang melecur di mulut dan memberi amaran kepada ibu bapa lain supaya berhati-hati dan tidak mendedahkan objek yang mempunyai potensi membahayakan kepada anak-anak mereka.

Courtney mendedahkan dalam beberapa saat, bayi perempuannya telah mencapai pengecas telefon bimbit yang masih hidup ke dalam mulutnya dan ini telah menyebabkan bayi itu mengalami renjatan elektrik dan kecederaan melecur yang teruk di hujung bibirnya.

gambar

BERKONGSI SEBAGAI PENGAJARAN
Ibu yang prihatin ini memberi peringatan dan ingin berkongsi pengalamannya yang cuai dan tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada anak orang lain dengan menghantar satu post di Facebook dengan menulis,

“Pada 28 September 2017, anak kecil saya yang berusia 19 bulan telah mengalami kecederaan dan pengecas telefon bimbit telah melekat di mulutnya. Kami telah membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan anak saya mengalami kelecuran renjatan elektrik kesan dari menjilat pengecas telefon bimbit yang tidak dimatikan.”

Beberapa siri foto menunjukkan beberapa hari selepas insiden, mulut anak perempuan Courtney telah membentuk satu lubang di hujung sebelah kiri.

TERLUPA MENUTUP PENGECAS TELEFON BIMBIT
Menurut Courtney, biasanya beliau akan menjauhkan pengecas telefon bimbit dari anak kecilnya itu tetapi oleh kerana pada hari itu tiba-tiba beliau menjadi sibuk, maka beliau telah terlupa mengalihkan dan menutup pengecas telefon bimbit tersebut.

Courtney menambah, sebelum ini anak kecilnya tidak pernah menunjukkan minat untuk bermain dengan pengecas telefon bimbit tersebut.

Sebagai pengajaran, Courtney telah merayu kepada ibu bapa yang lain supaya meletakkan pengecas telefon bimbit di tempat yang selamat dan tidak dapat dicapai oleh anak kecil dan bayi. Beliau berkata, “Ibu bapa, datuk, nenek, pengasuh dan lain-lain, sila letak pengecas telefon bimbit anda di tempat yang tinggi dan tidak boleh dicapai oleh anak-anak kecil dan bayi. Anak perempuan saya masih bertuah dan mungkin anak orang lain tidak bertuah sepertinya.”

Halaman Facebook Courtney berikutan insiden ini telah dikongsi oleh netizen lebih 300,000 kali

Sumber: Era Baru

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *