Patutlah Nabil Sedikit Muram Di Konsert GegarVaganza4 Semalam. Rupa2nya…MENGEJUTKAN !!!

| October 30, 2017 | 0 Comments

Patutlah Nabil Sedikit Muram Di Konsert GegaVaganza4 Semalam. Rupa2nya…MENGEJUTKAN !!!| Penaviral –  Nabil Ahmad, bekas pemenang Program terbitan Astro Raja Lawak kelihatan sedikit muram di konsert semalam. Namun Nabil begitu profesional dalam menjalankan tugasnya sebagai pengacara & perform dengan baik sekali. Rupa-rupanya ada ‘Sesuatu’ telah berlaku padanya sebelum itu.

KERETA HILANG
Pelawak dan pengacara Gegar Vaganza 4 (GV4) Nabil Ahmad terkejut apabila mendapati kereta jenis Toyota Vellfire berwarna putih miliknya hilang kira-kira jam 2.30 petang tadi. Menurut Nabil, dia terkejut apabila mendapati kereta tersebut sudah tiada di tempat letak kereta.

BUAT LAPORAN POLIS
“Kereta saya hilang di Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 1 petang. Sebaik sahaja saya mahu ke tempat letak kereta pada jam 2.30 petang, saya terkejut mendapati kereta saya sudah tiada. “Ingatkan tersalah letak namun selepas puas mencari baru saya pasti telah hilang. Selepas itu saya terus membuat laporan di balai polis TTDI,” katanya ketika ditemui pada program GV4 di Dewan Sri Putra, sebentar tadi.

UJIAN BUAT NABIL
Tambah Nabil lagi, kejadian itu berlaku ketika dia menghadiri acara konsert anjuran tadika anaknya, Nayra Mikayla. Tiga tahun lalu, Nabil pernah ditimpa malang apabila kereta Mitsubishi Lancer dipecah oleh penyamun dan mengalami kerugian.

Teks oleh: Mya Amri via AstroGempak

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *