Kisah AJAIB Pasangan ‘MANDUL’ Ini Apabila Kematian Anjing Mereka..MENGEJUTKAN !!!

| October 14, 2017 | 0 Comments

Kisah AJAIB Pasangan ‘MANDUL’ Ini Apabila Kematian Anjing Mereka..MENGEJUTKAN !!!| Pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2001. Selama hampir 10 tahun mereka mencuba bermacam-macam cara untuk mendapatkan zuriat namun masih tidak berjaya. Besar ujian buat keluarga ini kerana si Suami telah mengalami cacat kekal selepas kemalangan jalan raya manakala Si Isteri pulah disahkan ‘MANDUL’ oleh doktor pakar.

MEMBELA ANJING SEBAGAI PENGUBAT KEDUKAAN

Akhirnya pasangan ini (Bukan Islam) telah bersetuju untuk membela seekor anjing yang diberi nama Doldol. Doldol adalah kunci kebahagiaan mereka. Mereka mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada Doldol dibelai & ditatang seperti anak sendiri.

DOLDOL DISAHKAN MENGIDAP KANSER

Paling menyedihkan ialah tidak lama lepas itu Doldol telah disahkan mengidap penyakit lymphoblastic leukemia pada tahun 2011. Ini merupakan tamparan hebat buat pasangan ini kerana mereka telah menyayangi Doldol sepenuh hati apatah lagi mereka tidak diberikan rezeki untuk mempunyai cahaya mata sendiri.

Doktor memberitahu bahawa Doldol hanya dijangkan hanya mempunyai jangka hayat selama lagi dua bulan sahaja. Bagi menghabiskan sisa hidup dengan Doldol, pasangan itu kerap membawa Doldol keluar berjalan antaranya ketempat yang paling disukai Doldol iaitu di pantai. Banyak gambar yang dirakam bersama Doldol.

DETIK-DETIK AKHIR BERSAMA DOLDOL

Kebetulan, sebuah rancangan “TV Animal Farm” telah menjemput pasangan ini untuk dirakamkan detik-detik manis mereka bersama Doldol. Dalam penggambaran itu mereka telah membuat keputusan membawa Doldol berjalan di atas salji. Sebaik sahaja Doldol keluar dari kereta berjalan diatas salji, Doldol dilihat mengalami kesukaran bernafas & telah menghembuskan nafasnya yang terakhir disitu secara LIVE !

KESEDIHAN YANG SUKAR DIGAMBARKAN

Kematian Doldol ini sangat merobek perasaan pasangan ini. Mereka telah dirakam secara langsung menangis & meratapi kematian Doldol & telah mendapat perhatian banyak pihak yang turut bersimpati dengan mereka. Bagi netizen yang turut sama berkongsi nasib yang masih tidak mempunyai cahaya mata seperti mereka, telah turut sama mengeluarkan air mata kerana boleh menyelami & memahami perasaan sedih yang tidak tergambar dihati mereka.

BERITA AJAIB YANG MENGGEMBIRAKAN DUA BULAN KEMUDIAN

Namun satu keajaiban telah berlaku apabila tidak lama lebih kurang dua bulan selepas kematian Doldol, Si Isteri telah disahkan MENGANDUNG ! Wow, ini berita yang sangat menggembirakan. Kekecewaan, kesabaran penantian mereka akhirnya telah membuahkan hasil. Si Isteri akhirnya telah selamat melahirkan anak pada June 2016. Kehilangan “sesuatu” telah digantikan dengan “sesuatu” yang lebih bermakna.

AMBIL POSITIF KISAH BENAR INI SEBAGAI PENGAJARAN & SEMANGAT

Kepada pasangan yang masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata diluar sana, diharap jangan bersedih. Teruskan berusaha, teruskan berdoa, tinggalkan dosa, tingkatkan pahala, tingkatkan bersedekah, tingkatkan membantu orang susah nescaya akan ada rezeki untuk anda. Aminn.

VIDEO KESEDIHAN DOLDOL MENINGGAL YANG SEMPAT DIRAKAM SECARA LANGSUNG

Untuk bacaan lebih lanjut: NTD TV INSPIRED

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Ajaib, Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *