Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kajian Terbaru Mendapati Wanita Yg MEWARNAKAN RAMBUT Paling Berisiko Utk.

| October 17, 2017 | 0 Comments

Kajian Terbaru Mendapati Wanita Yg MEWARNAKAN RAMBUT Paling Berisiko Utk.| Penaviral –  MEWARNAKAN rambut tidak sepatutnya dilakukan lebih dari enam kali setahun bagi mengelakkan kanser, dakwa seorang pakar bedah.

KENYATAAN DARI PAKAR BEDAH PAYUDARA
Pakar bedah payudara dari Hospital Princess Grace di London, Profesor Kefah Mokbel mendakwa wanita yang mewarnakan rambut berdepan 14 peratus lebih risiko untuk mendapat kanser payudara.

Dia menasihatkan wanita yang suka mewarnakan rambut mengelak daripada menggunakan pewarna sintetik, sebaliknya memilih bahan-bahan semulajadi seperti inai atau buah bunga mawar.

PENEMUAN MEWARNA RAMBUT MENYUMBANG RISIKO KANSER PAYUDARA
Kajian Prof Mokbel menyimpulkan: “Walaupun tugas lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan hasil kami, penemuan kami menunjukkan bahawa pendedahan kepada pewarna rambut dapat menyumbang kepada risiko kanser payudara.”

Dia kemudian menulis di Twitter: “Wanita dinasihatkan untuk mengurangkan pendedahan kepada pewarna sintetik rambut dua hingga enam kali setahun dan menjalani pemeriksaan payudara secara tetap dari usia 40 tahun.

“Memilih pewarna rambut yang mengandungi kepekatan minimum amina aromatik seperti PPD (kurang dari 2 peratus) adalah lebih baik.

“Penyelidikan lanjut diperlukan untuk menjelaskan hubungan antara pewarna rambut dan risiko kanser payudara dalam usaha memberikan maklumat yang lebih baik kepada wanita.

“Adalah wajar untuk menganggap pewarna rambut yang terdiri daripada ramuan herba semulajadi adalah selamat,” katanya.

Sumber: Terengganu Times

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: ,

Category: Fakta

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *