Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Viral Kemalangan Terowong Genting Sempah Yang…Seram

| September 25, 2017 | 0 Comments

Viral Kemalangan Terowong Genting Sempah Yang…Seram | Hari ini telah viral satu video kemalangan yang berlaku di dalam terowong Genting Sempah yang membabitkan beberapa buah motor & beberapa buah kenderaan lain. Kemalangan yang dilaporkan berderet-deret itu telah berlaku disebabkan salah sebuah Motor telah..MENGEJUTKAN !!!

KEJADIAN SEBENAR DI TEROWONG GENTING SEMPAH
KUALA LUMPUR: 24 September – ANIH Berhad selaku syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ingin memaklumkan bahawa kemalangan di dalam Terowong Genting Sempah yang sedang tular menerusi Facebook Malaysian Response Team telah berlaku pada jam 5.35pm, Sabtu (23 September 2017).

Insiden tersebut dapat dikawal sepenuhnya oleh petugas LPT Ronda tanpa mengakibatkan sebarang kecelakaan. Untuk rekod, kejadian hanya membabitkan 2 buah motosikal bergesel sesama sendiri dan jatuh di laluan kanan.

Susulan insiden telah menyebabkan kecederaan ringan kepada seorang penunggang motosikal.

MUJUR KENDERAAN LAIN SEMPAT BERHENTI
Kenderaan berat serta kenderaan-kenderaan lain yang kelihatan di dalam video sempat menghentikan kenderaan mereka tanpa mengakibatkan sebarang kemalangan.

Oleh itu, Syarikat ingin menasihatkan pengguna KLK terutamanya penunggang motosikal untuk tidak menunggang secara berkonvoi di dalam terowong dan sentiasa menunggang secara berhemah serta peka dan patuh terhadap isyarat atau papan tanda keselamatan yang dipaparkan di sepanjang jajaran lebuh raya.

Syarikat juga sentiasa memantau dan berusaha bertindak atau memberi bantuan dengan kadar segera terhadap insiden yang berlaku dalam jajaran lebuh raya di bawah pengurusan.

VIDEO KEMALANGAN DI TERIWONG GENTING SEMPAH

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *