Seorang Rakan Memperlekeh ‘Ustaz’ Dalam Majlis Reunion Sbb Belajar Pondok. Ustaz Itu Rupa2nya Seorang…MENGEJUTKAN !!!

| September 19, 2017 | 1 Comment

Rakan Memperlekeh ‘Ustaz’ Dalam Majlis Reunion Sbb Belajar Pondok. Ustaz Itu Rupa2nya Seorang…MENGEJUTKAN !!!| Penaviral – Dalam satu majlis reunion, seorang ‘Ustaz’ telah dipandang rendah oleh rakan-rakan hanya kerana tidak belajar tinggi seperti rakan-rakan yang lain. Apabila mengetahui siapa Ustaz yang sebenarnya buat mereka TERKEJUT !!!

MAJLIS REUNION JADI TEMPAT BERMEGAH
Kuala Lumpur- Seorang rakan yg bernama Ali telah memperlekeh salah seorang rakannya di sebuah majlis reunion. Ini kerana ramai diantara mereka telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertinggi & ramai juga yang graduan dari luar negara. Rata-rata mereka telah mempunyai pekerjaan yang baik & menjawat jawatan-jawatan besar dalam industri. Ada diantara mereka yang menjadi pegawai kerajaan, ada diantara mereka yang menjadi Jurutera Petronas, Ada diantara mereka yang menjadi Doktor di hospital.

Ali pula ialah seorang Jurutera di salah sebuah syarikat ternama di ibu kota. Ali seorang yang sering berbangga dengan apa yang dimilikinya. Dia menceritakan kisah dia telah membeli sebuah kereta Persona, tetapi membelinya dengan duit tunai. Ini menunjukkan betapa banyaknya wang simpanannya sehingga membolehkan dia membeli sebuah kereta dengan tunai.

MEMANDANG RENDAH USTAZ YANG HANYA BELAJAR DI PONDOK
Antara mereka yang berkumpul, terdapat salah seorang dari mereka yang tidak menyambung pengajian ke universiti. Dia hanya menyambung di pondok-pondok agama. Orang itu bernama Hanafiah, salah seorang sahabat baik mereka juga pada zaman persekolahan. Ketika bersembang, Ali selalu memperlekehkan Hanafiah kerana dia menyangka Hanafiah yang berimejkan seorang Ustaz tidak mempunyai pencapaian baik seperti yang lain. Hanafiah hanya diam tersenyum & lebih banyak mendengar berbanding bercakap kerana tidak diberi peluang bercakap mungkin kerana dipandang rendah sebab imejnya yang seperti ‘Ustaz’.

PADA SUATU HARI..
Pada suatu hari, kereta Ali mengalami tayar pancit di tepi jalan. Ditakdirkan Allah, Hanafiah telah melalui kawasan itu & terus berhenti bertanyakan masalah. Selepas Ali menceritakan masalahnya, terus Hanafiah menghulurkan satu tin yang berisi gel untuk diisikan kedalam tayar bagi mengatasi masalah tayar bocor. Ali sangat terkejut dengan bantuan yang dihulurkan oleh Hanafiah.

KERJAYA SEBENAR USTAZ
Lebih mengejutkan Ali ialah kereta yang dipandu Hanafiah. Hanafiah memandu kereta Ferrari. Akhirnya Ali tergerak hati untuk bertanyakan apakah pekerjaan Hanafiah sekarang? Hanafiah sebenarnya seorang Usahawan & Pengasas kepada produk aksesori kereta termasuk gel untuk tayar tadi & perniagaannya telah berkembang maju sudah memasuki pasaran asia tenggara. Walaupun hanya belajar agama di pondok, Namun Hanafiah tetap belajar ilmu perniagaan & dia telah berjumpa guru yang betul & telah membimbingnya hingga berjaya.

Ali berasa sangat malu & segan dengan Hanafiah. Hanafiah tidak ambil hati, namun sebelum meninggalkan Hanafiah dia sempat berpesan kepada Ali. “Rezeki ini bukan dari Sijil2 yang kita banggakan, semua Rezeki adalah datangnya dari Allah”

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Fiksyen

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *