Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Remaja Lelaki 14 Tahun Didakwa Yg Memulakan KEBAKARAN.

| September 15, 2017 | 0 Comments

Remaja Lelaki 14 Tahun Didakwa Yg Memulakan KEBAKARAN. | Penaviral – Hasil siasatan pihak Polis, Seorang remaja lelaki yang berusia 14 tahun telah dituduh melakukan beberapa kebakaran. Umur baru 14 tahun tapi sangat berani melakukan jenayah !!!

JENAYAH DILAKUKAN LELAKI 14 TAHUN
MARSEILLE: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dituduh melakukan beberapa kebakaran di sini, termasuk di sebuah stesen kereta api yang menyebabkan ribuan penumpang perkhidmatan itu terkandas.

Polis berjaya menahan remaja terbabit ketika dia melakukan perbuatan itu malam Selasa lalu di kawasan pinggir bandar Aubagne.

BERTANGGUNGJAWAB ATAS 20 LAGI KEBAKARAN
Remaja itu kemudiannya mengaku bertanggungjawab terhadap 20 lagi insiden kebakaran di tenggara bandar Aubagne yang memusnahkan kawasan seluas 300 hektar.

Dalam satu kebakaran, 600 anggota bomba terpaksa dikerah untuk mengawal keadaan di Aubagne, yang menyebabkan 3,000 penumpang terjejas di stesen kereta api di Marseille, Nice dan Toulon.

Bagaimanapun, tiada kediaman musnah dalam semua kebakaran itu. “Penilaian psikologi terhadap remaja itu mendapati dia menghidap masalah ‘teruja dengan api’,” kata pendakwa raya, Xavier Tarabeux kepada wartawan.

Tarabeux berkata, remaja itu memberitahu penyiasat bahawa tindakan memulakan kebakaran sejak Jun hingga baru-baru ini dibuat selepas dia ‘berasa bosan’. – AFP

Sumber: BH Online

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *