Close

Pelajar Wanita Akhirnya Setuju ‘Buka Mulut’ Jelaskan Sebab Kerap Ponteng Sekolah. Rupa2nya…!!!

| September 11, 2017 | 1 Comment

Pelajar Wanita Akhirnya Setuju ‘Buka Mulut’ Jelaskan Sebab Kerap Ponteng Sekolah. Rupa2nya…!!!| Penaviral – Seorang pelajar tingkatan 5 telah bersetuju untuk membuka mulut setelah disoal siasat oleh polis mengenai kejadian sebenar yang telah berlaku pada dirinya. Kenyataan yang dikeluarkan oleh gadis ini benar-benar mengejutkan !!! Pelajar ini telah ponteng sekolah sebab selalu diangkut oleh jantan-jantan tak guna & memaksanya untuk membuat hubungan kelamin.

SEBAB SEBENAR SELALU PONTENG SEKOLAH
KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan lima yang sedang hamil tiga bulan dan kerap ponteng sekolah membongkar kegiatannya melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam tempoh lapan hari antara 30 Ogos lalu sehingga 7 September lalu.

Close

Ketua Polis Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku di empat lokasi berasingan, tiga di Bachok, manakala satu di Kota Bharu, dua daripadanya berlaku tanpa kerelaan mangsa (pengadu). “Pada jam 7.30 pagi, 30 Ogos lalu, teman lelaki pengadu juga rakan sekelasnya mengambil dia di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan membawanya ke rumah di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok.

“Di situ, pengadu dan teman lelakinya melakukan hubungan seks sebelum lelaki terbabit meninggalkan remaja tersebut. Rakan teman lelaki itu pula membawa mangsa ke rumah seorang lagi rakan lelaki yang lain dan mengajaknya melakukan hubungan seks,” katanya. Beliau berkata, pengadu melakukan seks tanpa kerelaannya sebelum datang seorang lagi rakan lelaki lain yang turut sama memaksa pengadu melakukan seks.

“Selesai kejadian, pengadu ditinggalkan oleh rakan teman lelakinya itu di sebuah kedai makan di Binjai dan menghubungi seorang rakan perempuan yang menghantarnya pulang ke rumah,” katanya. Menurutnya, ketika pengadu berada di rumah, pengadu telah menerima panggilan telefon dari seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya keluar dan mereka berjumpa serta menunggang motosikal ke Bachok sebelum menginap di sebuah hotel di daerah itu.

“Mereka melakukan hubungan seks dengan kerelaan pengadu. Selesai itu, pengadu ditinggalkan berhampiran lampu isyarat Tendong, Kota Bharu pada tengah malam pada 7 September lalu sebelum menghubungi seorang rakan lelaki yang menghantarnya ke sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu. “Di situ, pengadu berkenalan dengan seorang lelaki iaitu rakan kepada penjaga kaunter hotel sebelum melakukan hubungan seks dengan lelaki itu sebelum mereka menghantar pengadu pulang ke rumah pada pagi, 8 September lalu,” katanya.

ABANG BAWA KE BALAI POLIS
Nik Aminuddin berkata, sebaik tiba di rumah, abang pengadu kemudian membawa pengadu ke balai polis untuk memaklumkan kepulangan adiknya berkait laporan polis Binjai. “Sehubungan itu, polis sedang menjalankan siasatan dan menjejaki dua suspek yang memaksa pengadu melakukan hubungan seks. Kes diklasifikasikan sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. “Pengadu pula dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk pemeriksaan dan didapati hamil 12 minggu,” katanya.

Sumber: Sinar Online

Tags: , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *