Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Lelaki Mencurigakan Tersangkut DiPagar Rumah Sampai Pagi. Rupa2nya Dia Telah..

| September 17, 2017 | 0 Comments

Lelaki Mencurigakan Tersangkut DiPagar Rumah Sampai Pagi. Rupa2nya Dia Telah.. | Penaviral – Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai niat jahat untuk memecah masuk salah sebuah rumah di Kemaman telah bertukar mempi ngeri buatnya apabila dia didapati telah ‘sesat’ sebaik sahaja cuba memanjat pagar rumah berkenaan.

LELAKI MENCURIGAKAN TERSANGKUT DIPAGAR
CHUKAI, TERENGGANU – Hajat seorang lelaki yang mahu memecah masuk sebuah rumah di di Bukit Kuang tidak kesampaian apabila suspek ‘melekat’ di tembok pagar rumah berkenaan.

Mummy Knowmaa, yang memuat naik gambar dan video itu berkata, kejadian itu berlaku di rumah kakaknya di mana suspek cuba memecah masuk rumah itu pada malam tadi.

“Pencuri nak masuk rumah kakak saya malam tadi. Si pencuri itu panjat tembok pagar rumah, tetapi dia terlekat di situ. Tak dapat naik, tak dapat turun dan berada di situ sehingga hari cecah.

“Tak tahu bagaimana dia boleh melekat di situ. Mujur orang Bukit Kuang tidak mengambil tindakan membelasahnya,” katanya.

RUMAH SEPERTI SUDAH DI’PAGAR’ RAPI
Berdasarkan gambar yang dikongsi, suspek kelihatan bertahan di tembok pagar itu dengan tangannya dan kakinya berdiri di celah lubang angin. Suspek yang dikenali sebagai Bukhari, berusia 34 tahun, berasal dari Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang itu kemudian ditangkap oleh penduduk kampung sebelum menghubungi pihak polis untuk datang menjemputnya ke balai.

Sebuah kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian menggari tangan suspek dan membawanya ke balai untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat berkemungkinan pemilik rumah telah ‘memagar’ rumahnya dengan ayat-ayat Quran.

 VIDEO PEROMPAK TERSANGKUT DIPAGAR DITANGKAP POLIS

Sumber: The Reporter & Mummy Knowmaa

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *