Seorang Lelaki TIKAM Isteri Hingga Mati. Tindakannya Lepas Itu Jumpa Ibunya Lebih MENGEJUTKAN !!!

| August 9, 2017 | 0 Comments

Seorang Lelaki TIKAM Isteri Hingga Mati. Tindakannya Lepas Itu Jumpa Ibunya Lebih MENGEJUTKAN !!!| Febriansyah yang membunuh isterinya, Eva, telah bersujud di kaki ibunya ketika dia ke rumahnya. Kemudian dia menceritakan & melakonkan semula adegan di mana kejadian pembunuhan itu berlaku.

Gambar Bulatan Sekadar Hiasan: Google Images

Sambil menitik air mata, ibunya bertanya kepada Febriansyah kenapa dia melakukan perbuatan tersebut. “Apa dalam fikiran kau Febri sampai membunuh isteri kau sendiri. Berkelahi tidak pernah, ribut tidak pernah tetapi kejadian seperti ini?,” soal ibunya di rumah mereka di Palembang.

Namun Febriansyah diam seribu bahasa dan kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala di hadapan ibunya. Dalam lakonan semula itu, terdapat 10 adegan yang ditunjukkan lelaki itu sebelum menikam isterinya. Ia bermula di ruang tamu dan kemudian dia mengambil pisau dapur serta menikam wanita itu bertubi-tubi.

Eva yang sedang menggoreng nasi ketika itu jatuh rebah dan meninggal dunia. Anggota keluarganya yang menyaksikan lakonan semula itu tidak mampu menahan air mata namun Febriansyah tanpa ekspresi melakonkan adegan itu sehingga selepas.

Dia ditangkap selepas berjalan keluar dari rumah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah. Sepanjang proses lakonan semula itu, tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut Febriansyah. Kejadian mengejutkan itu berlaku Khamis lalu. Eva sebelum ini disifatkan sebagai seorang isteri yang patuh dan sentiasa melakukan ibadat.

Sumber: Suara TV

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Dunia, Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *