Pengusaha Homestay Sengaja Pasang CCTV Di Bilik Mandi & Berjaya Merakam..MENGEJUTKAN !!!

| August 7, 2017 | 0 Comments

Pengusaha Homestay Sengaja Pasang CCTV Di Bilik Mandi & Berjaya Merakam..MENGEJUTKAN !!!| IPOH: Seorang pengusaha inap desa di sini didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah terhadap lapan tuduhan merakam aksi lapan mangsa yang mandi berbogel di inap desa milik tertuduh, kira-kira tiga tahun lalu.

Gambar Sekadar Ilustrasi:Google Images

Lim Lai Heng, 45, dituduh dengan sengaja menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) mini bagi merakam aksi lapan penyewa yang sedang mandi berbogel dengan tujuan untuk mengaibkan semua mangsa terbabit. Semua mangsa terdiri daripada lima perempuan dan tiga lelaki daripada satu keluarga yang berusia antara 17 hingga 53 tahun pada masa kejadian.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di bilik mandi tingkat atas premis Ipoh Garden Homestay, Jalan Pekeliling Tasik, Taman Canning di sini antara jam 2.30 petang hingga 11.30 malam pada 27 Julai 2014. Semua lapan tuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Siti Salwa Ja’afar mengenakan hukuman denda RM4,000 bagi tiga pertuduhan pertama membabitkan tiga mangsa dan denda RM4,000 bagi tiga pertuduhan lagi membabitkan tiga mangsa. Siti Salwa menjatuhkan hukuman denda RM2,000 bagi dua lagi pertuduhan membabitkan dua mangsa. Pendakwaan oleh Nurul Azriah Zaid manakala tertuduh diwakili Dexter Mah.

Sumber: BH Online

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *