Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pengasuh Minta Izin Bawa Bayi Saya Ke Gua Musang, Kini Satu2nya Zuriat Saya Itu Telah Tiada..

| August 14, 2017 | 0 Comments

Pengasuh Minta Izin Bawa Bayi Saya Ke Gua Musang, Kini Satu2nya Zuriat Saya Itu Telah Tiada.. | GUA MUSANG – “Dia anak pertama kami dan satu-satunya zuriat yang kami ada, namun saya reda dengan ketentuan Ilahi.” Demikian luahan bapa kepada bayi berusia 17 bulan, yang maut dalam nahas di Kilometer 14, Jalan Gua Musang – Kuala Krai, petang kelmarin.

Kata Mohd Sapiin Ismail, 35, kali terakhir berjumpa anaknya, Che Muhamad Saifullah Mohd Sapiin, pagi sebelum kejadian. Menurutnya yang bekerja sebagai pembantu tadbir Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Chiku, dia dan isteri, Nik Rahayu Nik Mat, 32, pembantu tadbir di Sekolah Kebangsaan (SK) Ciku 3, menghantar anaknya ke rumah pengasuh jam 7 pagi dan terus ke sekolah masing-masing.

Katanya, petang sebelum kejadian, pengasuh ada meminta izin untuk membawa anaknya kerana mempunyai urusan peribadi di bandar Gua Musang. “Saya tak ada masalah dan benarkannya kerana sebelum ni memang mereka selalu bawa anak saya berjalan memandangkan pasangan tu belum ada anak,” katanya. Tambahnya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada isterinya.

“Saya terus bergegas ke hospital tanpa tahu keadaan anak saya. Bagaimanapun, saya terima ketentuan ini dengan hati terbuka,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Gua Musang. Ujarnya lagi, urusan pengebumian mungkin akan dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Renok. Nahas membabitkan dua kenderaan iaitu Proton Wira dan pacuan empat roda, Toyota Hilux itu turut meragut nyawa penyelia ladang Felda Chiku 4, Muhamad Sobri Mohamad Khairi, 26.

Sementara itu, bapa Muhamad Sobri, Muhamad Khairi Mamat, 61, memberitahu, kali terakhir dia bertemu Allahyarham pada Jumaat lalu apabila anak dan menantunya pulang ke kampung di Kuala Betis. “Pakcik hanya tahu mereka kemalangan dan bila tiba di hospital, baru pakcik tahu dia dah tak ada. Tak ada kata-kata yang mampu pakcik gambarkan, tapi pakcik terima ketentuan ini.

“Cuma pakcik buntu bila fikirkan menantu pakcik yang kini hamil empat bulan. Bagaimana dia nak uruskan diri dan anak tanpa suami nanti. Itu yang pakcik risau. “Bagaimanapun, kami sekeluarga akan terus berikan semangat untuknya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *