Pemilik Kucing ‘NAIK HANTU’ Di Sebuah Kedai Kucing Ternama. Ini DiSebabkan Oleh..MENGEJUTKAN !!!

| August 8, 2017 | 0 Comments

Pemilik Kucing ‘NAIK HANTU’ Di Sebuah Kedai Kucing Ternama. Ini DiSebabkan Oleh..MENGEJUTKAN !!!| JOHOR BAHRU – Viral di media sosial seorang wanita kecewa dan terkilan apabila seekor kucing perliharaannya yang dibeli dengan harga RM10,000 telah mati, didakwa berpunca dari tindakan pihak kedai haiwan yang juga tempatnya membeli kucing itu, tidak memberikan rawatan mengikut prosedur yang sepatutnya.

Gambar Bulatan Sekadar Ilustrasi: Google Images

Bistari Mansor melalui Facebooknya berkata, dia terkejut menerima mesej dari kakitangan kedai yang menyatakan kucing kesayanganya bernama Lily telah mati pada 6 Ogos, Ahad lalu. Berikut kronologi kejadian seperti yang diceritakan oleh Bistari Mansor:

4 bulan yang lalu saya ambil lili di Imadi Pets BBU. Mereka kata Lily sihat dan lincah. Saya tengok tak berapa sihat, bulu tak cantik, kurus dan ada fungus. Saya bawa pulang ke Kuala Lumpur dan rawat, hantar ke veterinar dan bela sehingga sihat, cantik dan gebu. Sampai dia jadi comel, lincah, manja dan ceria.

Di rumah ada seekor lagi kucing baka Maine Coon yang juga dibeli di Imadi. Namanya Lola dan masa ambil di Imadi JB pun dalam keadaan kurus. Saya bela sampai dia sihat dan cantik. Kedua-dua kucing saya berada dalam keadaan sihat. Jika ada masalah kesihatan, saya memang akan terus rujuk ke veterinar.

Pada bulan ramadan, saya hantar Lola untuk kahwin Imadi Shah Alam. Sebelum raya, Imadi minta ambil semula Lola dan boleh hantar kembali selepas raya. Saya ambil semula Lola dan keadaannya pada ketika itu kurus, bulu gugur, berhingus. Bila bawa balik ke rumah, Lily juga berjangkit sama.

Bermula daripada itu, kesihatan Lily on and off. Bila sakit, saya hantar ke veterinar dan diberi ubat dan rawat Lily sehingga pulih. Tak sampai seminggu, Lily kembali sakit dan sekali lagi dihantar ke veterinar dan berulang-ulang sakitnya. Saya sentiasa update tentang Lily di Facebook untuk berkongsi perkembangannya dengan rakan-rakan.

Khamis, 3 Ogos 2017, tiba-tiba Lily menjadi lemah tak mahu makan dan minum. Terbaring lesu sahaja. Sebelum ini dia dalam keadaan baik namun tiba-tiba jadi begitu. Saya terus bawa ke veterinar untuk dicucuk dan diberi ubat. Mula diberi ubat sejak Jumaat. Khamis tidak perlu sebab sudah disuntik.

Selepas Lily dibawa balik, dia semakin lemah dan malam itu saya bawa Lily berjumpa dengan veterinar lagi dan dicucuk lagi dengan ubat. Malam itu saya tak tidur sebab nak jaga Lily, panggil dia dan dia tengok saya. Jumaat 4 Ogos 2017. Keadaannya masih lemah dan saya bawa ke veterinar. Mereka periksa dan beritahu bawa semula ke Imadi sebab sudah lebih dari 10 kes mereka rawat kucing-kucing Imadi dan akhirnya mati di veterinar. Imadi salahkan veterinar dan pemilik kucing.

Jadi saya terus hantar ke Imadi Shah Alam. Mereka sumbat Lily dengan makanan. Lily semakin lemah, matanya terkebil-kebil dan dia bernafas menggunakan mulut. Zaidi kata boleh baik dan bawa balik serta paksa makan. Saya tak puas hati, hantar semula ke veterinar. Mereka periksa tetapi tidak mahu melakukan apa-apa. Suruh saya di tempat yang saya beli kucing ini sebab mereka tidak mahu dipersalahkan ika Lily mati dan mereka juga sudah tahu permainan Imadi bagaimana.

Jam 7 petang itu saya terus ke JB. Sampai di Imadi JB jam 10 malam, Imadi tutup jam 11 malam. Ismail kata doktor yang merawat itu adalah ‘bad doctor’, tak nak selamatkan haiwan. Dia paksa lagi Lily makan dan minum. Diperiksa sama ada, ada virus atau tidak. Namun ujian menunjukkan negatif. Sebenarnya di Imadi tak ada doktor veterinar. Mereka memandai-mandai sendiri. Cerita seperti mereka adalah veterinar dan semua veterinar yang lain tak betul dan hanya mereka sahaja yang betul, bijak dan pandai.

Jadi malam itu, Lily ditinggalkan di situ dalam tangki oksigen. Sabtu 5 Ogos 2017. Saya pergi ke Imadi untuk bawa Lily pergi ke Veterinar Pakar, Doktor Koh atas saranan Imadi semalam. Sampai di premis, Ismail kata Lily sudah sihat, boleh bangun dan sudah mahu makan. Dia menyarankan saya belajar dengan pekerjanya bagaimana nak beri Lily makan iaitu kena suap secara paksa. Tidak perlu dibawa ke veterinar kononnya sudah okay dan boleh bawa pulang ke rumah.

Tetapi bila pekerjanya bawa Lily, katanya kena bawa pergi ke veterinar juga sebab keadaannya semakin lemah. Muka Ismail dah berubah. Dia meminta pekerjanya mengikuti saya pergi ke veterinar. Sampai di veterinar, Lily dikategorikan sebagai kes kecemasan dan doktor mahu memeriksanya dan melakukan imbasan x-ray. Memang ada masalah paru-paru.

“Dia memang tak boleh makan atau minum. Kenapa paksa-paksa dia? Dia bernafas ikut mulut. You sumbat-sumbat, makin tak boleh bernafas,” kata doktor veterinar. Imadi kemain sumbat-sumbat makan minum ubat segala pada Lily, kan?! Selepas itu, pekerjanya seboleh-boleh nak Lily dimasukkan dalam wad. Doktor geleng kepala sahaja. Bagi ubat bentuk cecair. Suruh beri Lily susu setiap satu jam dan masukkan Lily dalam kotak oksigen semula. Maknanya kena buat di Imadi semualah.

Saya cuba terbaik, semua Allah tentukan. Jam 11 pagi 6 Ogos 2017, saya dapat mesej WhatsApp dari pekerja Imadi yang memaklumkan Lily sudah mati. Macam mana perasaan saya? Sedih dan down gila. Saya terus ke Imadi selepas zohor, cuba mencari kekuatan untuk mengambil Lily yang sudah mati. Saya dan suami sendiri berjumpa dengan Ismail. Apa yang membuatkan saya naik angin sangat?

Kami datang dengan cara baik, ajak berbincang dan minta ganti rugi sebab memang saya bela Lily di rumah tetapi kena ingat, saya dapat kucing yang memang sakit. Saya rawat sampai sihat dan hantar kucing saya yang sihat untuk kahwin di Imadi Shah Alam.

Tetapi bila dibawa balik ke rumah, kucing saya berada dalam keadaan sakit dan sakit itu berjangkit pula pada Lily dan semua ini berpunca dari Imadi. Sudahlah Lily dipaksa makan minum, bukan sekali tetapi berkali-kali. Mati pun di Imadi JB. Selepas itu nak salahkan saya sebab tak reti jaga kucing, adil ke?

VIDEO PEMILIK KUCING MENGAMUK

Untuk Berita Penuh Boleh Baca Di : The Reporter

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Dunia, Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *