Lelaki Jumpa Anak Kucing Nazak Berat Hanya 40 Gram. Kesudahannya Boleh MENGALIRKAN AIR MATA!!!

| August 7, 2017 | 0 Comments

Lelaki Jumpa Anak Kucing Nazak Berat Hanya 40 Gram. Kesudahannya Boleh MENGALIRKAN AIR MATA!!!| Pengguna imgur bernama Nuuudel berkongsi kisah yang luar biasa kepada dunia bahawa kira-kira 15 minggu yang lalu beliau menjumpai seekor anak kucing yang sangat kecil seberat hanya 40 gram!

Anak kucing ini tidak bergerak sama sekali, tetapi ia masih hidup. Anak kucing ini begitu kecil sehingga beliau tidak boleh mempercayai bagaimana ia masih hidup.Beliau mengambil gambar anak kucing tersebut dan terus pergi berjumpa doktor haiwan. Tetapi diberitahu supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi.

Menurut jururawat, mereka tidak pernah melihat anak kucing yang begitu kecil sebegini sebelum ini. Hal ini bagi mengelakkan wanita muda itu patah hati atau kecewa. Tetapi wanita muda ini telah nekad mahu melakukan apa sahaja demi untuk menyelamatkan anak kucing kecil tersebut.

Pada mulanya mereka fikir anak kucing itu adalah jantan sehingga mereka menamakannya Titan, kerana anak kucing itu berani seperti titan.Pasangan ini memberi makan kepada anak kucing tersebut setiap jam dan membuatkannya berasa hangat dan selesa, tetapi untuk minggu pertama, anak kucing itu tidak banyak bergerak dan mengiau.

Mereka bimbang jika mereka melakukan perkara yang betul atau tidak kerana anak kucing tersebut tidak menunjukkan sebarang peningkatan berat badan. Pada hari ke-8, anak kucing tersebut bangun untuk mengiau! Daripada teruja, wanita itu ketakutan kerana beliau tidak pasti kenapa anak kucing itu mengiau kerana ia tidak pernah berbunyi seperti itu sebelumnya.

Apabila beliau melihat anak kucing itu beliau menyedari bahawa Titan sedang meminta makanan! Wanita itu segera meletakkan susu formula di picagari dan diberi kepadanya. Kucing itu memegang dengan kedua-dua kakinya dan minum dalam keseronokan! Kemudian pada hari Titan membuka matanya merupakan hari yang paling bahagia bagi pasangan itu! Walaupun anak kucing tersebut masih kurang berat badan, ia kelihatan lebih baik daripada sebelum ini!

Selepas 6 minggu, Titan mula bermain dengan mainannya dan menjadi lebih aktif. Walaupun Titan mengidapi anemia, tetapi ia masih lagi kuat.

Inilah rupa terbaru Titan! Membesar dengan sihat & kuat ! Bravo to your guys for saving the innocent cat.

Sumber: Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: haiwan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *