Syaitan Bertopengkan Manusia. Seorang Bapa Di Tahan Polis Atas Tuduhan Menc@bul Anak Sendiri Sehingga…!!!

| July 19, 2017 | 0 Comments

Syaitan Bertopengkan Manusia. Seorang Bapa Di Tahan Polis Atas Tuduhan Mencabul Anak Sendiri Sehingga…!!!|SEORANG bapa dijatuhi hukuman penjara setahun setengah selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan anak perempuan sendiri di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini. Selain lelaki berusia 35 tahun itu turut dijatuhi hukuman ialah bapa saudara mangsa dan seorang lelaki lain kerana merogol mangsa.

Gambar Bulatan Sekadar Hiasan: Google Images

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas bapa mangsa, bapa saudara mangsa berusia 21 tahun dan rakan bapa saudaranya, Che Mohd Badrul Hisyam Che Hassan, 22 mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing. Bapa saudara kanak-kanak itu dikenakan hukuman penjara 36 tahun dan 30 sebatan bagi tiga tuduhan merogol manakala Che Mohd Badrul dipenjara 30 tahun dan sembilan sebatan terhadap kesalahan sama.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan berturut-turut bermula dari tarikh semua tertuduh ditangkap pada 28 Jun 2017. Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, bapa saudara mangsa dan Che Mohd Badrul didakwa merogol mangsa sejak berusia sembilan hingga 11 tahun pada pertengahan Mei 2014, pertengahan Januari hingga Disember 2015 dan pertengahan Januari hingga Disember 2016.

Che Mohd Badrul didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat. Bapa saudara mangsa didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Manakala, bapa mangsa didakwa mencabul mangsa sama antara 1 hingga 2 pagi pada awal 2017. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan, jika sabit kesalahan.

Semua kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Gong Chokoh, Pasir Puteh. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Siew Mun manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Harian Metro

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *