Lelaki Pulang Dari Kerja. TERKEJUT Dengan Kehadiran Sebuah Bas Dari Belakang & Terus… !!!

| July 20, 2017 | 0 Comments

Lelaki Pulang Dari Kerja. TERKEJUT Dengan Kehadiran Sebuah Bas Dari Belakang & Terus… !!!| Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke rumah selepas kerja telah terperanjat satu kejadian di jalan raya. Kejadian yang dimaksudkan itu ialah kejadian sebuah bas ekspres yang telah memotong beberapa buah kereta di garisan berkembar secara merbahaya.

Gambar Bulatan Sekadar Hiasan: Google Images

Lebih mengundang bahaya apabila semasa bas memotong kereta di garisan kembar, terdapat juga kereta yang datang dari arah bertentangan. Hanya menunggu kesilapan kecil sahaja, maka kemalangan besar boleh berlaku. Kerana memikirkan kesalamatan diri & pengguna lain di jalan raya, pemandu itu telah tampil membuat pengaduan kepada pihak pengurusan Sani Express di laman FB & telah menjadi viral. Ikuti luahannya di bawah;

Kehadapan Sani Express,

1. Saya cuba post di wall kalian tapi tapi tak keluar pun post nya. Barangkali kalian delete. Takpa lah, kita post kat wall sendiri.

2. Lihatlah bas kalian ini, dengan bongkaknya membelah jalanraya tanpa mengira keselamatan orang lain. Keselamatan pemandu bas sendiri sudah pasti tak terlintas langsung bila dia memotong sebegitu.

3. Memotong di atas jambatan, garisan berkembar, menghimpit dua kenderaan, dan dua lagi kenderaan dari arah bertentangan terpaksa mengelak demi menyelamatkan nyawa masing-masing.

4. Bas anda hebat, ada teknologi GPS, ada speed limiter, ada Free WiFi, pemandu pakai uniform segak ala-ala ‘pilot’. Tetapi, pemandu yang ini, pada hemat saya, layak diambil tindakan yang sewajarnya.

5. Saya memandu waktu petang untuk pulang ke rumah, bukan mahu pulang ke rahmatullah.

6. Berlaku di jalan Kuala Terengganu-Besut, berhampiran Kampung Guntong Luar. Waktu dan tarikh kejadian boleh rujuk di gambar.

Nota Kaki:- Gambar dan video dirakam menggunakan kamera Yi Car Cam dari YI Technology.

VIDEO BAS MEMOTONG SECARA MERBAHAYA

Sumber: Kaki Share

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Keselamatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *