Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kisah Tiga Beradik Sanggup Berbasikal 570KM Semata-mata Mahu Beraya Dengan Ibu. MENGAGUMKAN

| July 6, 2017 | 0 Comments

Kisah Tiga Beradik Sanggup Berbasikal 570KM Semata-mata Mahu Beraya Dengan Ibu. MENGAGUMKAN | Tiga adik-beradik daripada Indralaya, Sumatera Selatan, sanggup berbasikal bersama-sama sejauh 570 km bagi berjumpa dengan ibu mereka.

Ibu mereka tidak mendapat cuti Hari Raya dan bekerja di Tangerang, Jakarta. Ketiga-tiga adik-beradik itu, Octa, 15, Rizal, 13, dan Aslam, 10, tinggal bersama nenek mereka yang tinggal di Indralaya.

Disebabkan mereka tidak mempunyai wang yang cukup, mereka sanggup berbasikal bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ibu tercinta.

Memetik laporan daripada Detik.com, Octa berkata,” Berbekalkan sedikit wang yang diberikan oleh nenek serta beberapa pakaian, kami memulakan perjalanan sejak Sabtu lalu.”

Tambahnya lagi, perjalanan dimulakan sejak awal pagi dan berhenti pada waktu malam untuk tidur di mana-mana stesen minyak.

Setelah sebulan lebih tinggal bersama nenek, rindu terhadap ibu mereka tidak dapat ditanggung lagi walaupun perjalanan hanya berbekalkan RM 48.20 sahaja. Segala kudrat dan kasih sayang terhadap ibu mereka menjadi perhatian orang ramai.

Gambar-gambar ketika mereka mengayuh basikal tersebar di media sosial dan telah menyentuh hati masyarakat untuk mereka dengan memberikan wang.

Selepas kisah ini tersebar, ASDP Indonesia, Ferry memutuskan menghantar ketiga-tiga adik beradik daripada Pelabuhan Merak, Banten hingga ke rumah mereka di Cileduk, Tangerang.

Mereka selamat sampai di rumah ibu mereka pada hari Khamis lalu dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Octa sedar perkara yang dilakukan itu adalah berbahaya dan lebih selamat untuk menggunakan pengangkutan awam. Apa-apa pun, pengorbanan ini menunjukkan betapa besar kasih sayang mereka terhadap ibu mereka.

Kita perlu ambil pengajaran kerana ada dalam kalangan kita yang membuang dan tidak menghormati ibu bapa malah tidak mahu beraya di kampung.

Sedangkan, ketiga-tiga adik-beradik sanggup meredah pelbagai rintangan demi beraya dengan ibu mereka.

Sumber: Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *