Bayi Malang Ini Telah Dibuang Ke Dalam Tong Sampah Oleh Ayahnya Dengan Alasan… MENGEJUTKAN !!!

| July 4, 2017 | 0 Comments

Bayi Malang Ini Telah Dibuang Ke Dalam Tong Sampah Oleh Ayahnya Dengan Alasan… MENGEJUTKAN !!!| Seperti yang kita tahu, pemungut sampah pasti telah menjumpai pelbagai jenis sampah di dalam kehidupan seharian mereka. Daripada barang-barang kitar semula sehinggalah ke bahan buangan busuk yang hanya boleh dikendalikan oleh golongan hebat seperti mereka, seperti tiada apa yang mampu menggugat mereka daripada melakukan tugas mereka. Tetapi pemungut sampah telah menemui sesuatu yang menyentuh perasaannya, iaitu seorang bayi yang baru lahir ditemui terbiar di dalam tong sampah awam!

Gambar Bulatan Sekadar Hiasan: Google Images

Pemungut sampah bertindak sewajarnya dengan membawa bayi itu ke hospital berdekatan dan mengetahui bahawa bayi itu pra-matang, yang berusia 30 minggu. Doktor akhirnya berjaya menemui ibu bapa bayi tersebut. Menurut mereka, ibu bapa bayi tersebut membuang bayi tersebut kerana menyangkakan bayi mereka tidak dapat diselamatkan kerana dilahirkan pra-matang.

Pemungut sampah temui sesuatu yang menyayat hati di dalam tong sampah… Sebenarnya, bayi tersebut dibuang di dalam tong sampah kerana dilahirkan pra-matang. Sekitar jam 10 pagi, lelaki tersebut menjumpai bayi di dalam tong sampah dan orang ramai yang melihat kejadian itu mencadangkan beliau membawa bayi tersebut ke hospital.

Berdasarkan laporan berita, pemungut sampah menemui bayi tersebut di dalam tong sampah apabila beliau mencari barang berharga di dalam tong sampah di luar Hospital Pusat Fuling di Chongqing. Doktor memeriksa bayi tersebut dan berat bayi tersebut hanya 1.5 kilogram. Bayi tersebut bersaiz lengan orang dewasa tetapi keadaannya sihat. Doktor bertindak mencari rekod bayi yang baru lahir dan berjaya menemui ibu bapa bayi tersebut.

Ibu bayi tersebut masih dirawat di hospital dan bapanya yang meletakkannya di dalam tong sampah. Pasangan memberitahu pemberita: “Kami risau bayi kami tidak dapat diselamatkan kerana beliau dilahirkan pra-matang. Kami tidak berfikir secara rasional sebelum membuangnya di dalam tong sampah.”Mereka menyatakan penyesalan melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu dan berjanji akan menjaga bayi mereka dengan baik selepas ini.

Berdasarkan NHS, 1 daripada 13 bayi boleh dilahirkan pra-matang. Ada yang dilahirkan sebelum atau pada minggu ke 37. Bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke 34 memerlukan bantuan pernafasan dan makan. Mereka perlu dihantar ke unit penjagaan khas.

Sumber: Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *