Seorang Pemuda Datang Berjumpa Doktor Kerana Untuk Pemeriksaan Darah. Dengar Ceritanya Buat Doktor TERGAMAM !!!

| June 17, 2017 | 0 Comments

Seorang Pemuda Datang Berjumpa Doktor Kerana Untuk Pemeriksaan Darah. Dengar Ceritanya Buat Doktor TERGAMAM !!!| Alor Star. Seorang Doktor Wanita tergamam apabila dia didatangi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Joe datang untuk membuat peperiksaan kesihatan. Joe meminta Doktor tersebut ambil sample darahnya & memeriksa jikalau dia ada dijangkiti virus HIV.

Doktor ini sangat terkejut dengan permintaan Joe yang agak ‘straight forward’. Ini kerana dia pertama kali berjumpa pesakit seperti Joe ini. Walaubagaimanapun Doktor ini tenang dalam menghadapi situasi ini. Sebagai seorang Doktor sudah semestinya dia perlu bertanyakan soalan-soalan seperti “Awak sakit apa?” “Sudah berapa lama sakit?”. Sedikit demi sedikit Doktor ini mula menggali masalah yang dihadapi oleh Joe.

Pada awalnya Joe amat keberatan untuk bercerita, namun oleh kerana pendekatan perlahan yang dibuat oleh Doktor, akhirnya Joe buka mulut untuk menceritakan masalah dia yang sebenar. Joe sebenarnya seorang yang selalu bertukar pasangan s#eks dari masa ke semasa. Malah dia pernah beberapa kali melanggan pelacur bagi memuaskan nafsunya. Doktor amat terkejut dengan gaya hidup Joe kerana dia baru berusia 21 tahun. Doktor masih lagi tenang & bertanyakan apa masalahnya.

Joe memberitahu dia dapat tahu bahawa bekas teman wanitanya yang dulu adalah seorang penagih dadah & pengidap HIV. Teman wanitanya merahsiakan perkara itu daripadanya. Joe sangat marah & oleh sebab itu dia nekad datang berjumpa Doktor untuk membuat ujian darah saringan HIV. Doktor memberitahu bahawa Joe mesti datang selang dua hari untuk mengambil keputusan ujian darah.

Joe tidak tenang sepanjang dua hari menunggu keputusan ini. Dua hari kemudian, Joe datang untuk mengambil keputusan & berjumpa dengan Doktor yang sama. Joe amat lega apabila dia didapati Negative HIV. Bercucuran air mata Joe mendapat berita itu. Joe memberitahu Doktor bahawa dia amat menyesal mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat itu & nekad meninggalkannya. Doktor mengambil kesempatan ini untuk menasihati & mem’basuh’ Joe tentang bahaya HIV, apa kesan buruk & cara2 ia boleh berjangkit. Doktor ini berharap Joe akan berubah menjadi lebih baik untuk masa depannya sendiri.

Sila berkongsi cerita sebagai panduan anak muda sekarang. Masalah sosial negara kita semakin menjadi-jadi & diharapkan dengan sedikit perkongsian, sedikit sebanyak dapat memberikan mereka keinsafan & lebih berfikir sebelum bertindak.

Sumber: Karya MMSS

 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Kesihatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *