Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Penyelidik Bingung Jumpa Haiwan Yg Tinggal Di Dalam Gunung Berapi Yg Aktif. SubhanAllah

| June 11, 2017 | 0 Comments

Penyelidik Bingung Jumpa Haiwan Yg Tinggal Di Dalam Gunung Berapi Yg Aktif. SubhanAllah | Apabila Brennon Philips, seorang jurutera lautan dan pasukan Persatuan National Geographic pergi ke gunung berapi Kavachi Submarine di Pulau Solomon, mereka sangat terkejut dengan penemuan mereka.

Kemuncak Kavachi adalah 66 kaki di bawah permukaan aras laut dan adalah sangat berbahaya kerana ia lazimnya meletuskan lava dan abu yang panas. Anehnya, semasa mereka pergi mengkaji, gunung berapi itu telah berhenti meletus buat sementara waktu.

Letusan pertama adalah direkodkan pada tahun 1939 dan letusan yang terbaru berlaku pada bulan Januari 2014.Mereka menjatuhkan kamera ke dalam kepulan abu bagi mengkaji kawasan gunung berapi berair panas dan berasid.

Anda boleh melihat perubahan warna air apabila kamera semakin menjunam lebih mendalam dan jauh ke dalam gunung berapi.Selain memuntahkan lava dan abu yang panas, pasukan ini mendapati bahawa Kavachi juga merupakan habitat kepada pelbagai jenis hidupan laut.

“Apabila ia meletus, tiada satu hidupan pun yang boleh tinggal di sana,” kata jurutera lautan Brennan Phillips di dalam video di bawah. Itulah yang membuatkan penemuan haiwan ini begitu membingungkan.

Bagaimana mereka dapat tinggal di tempat yang boleh membunuh mereka dalam beberapa minit sahaja? Berikut adalah 3 spesis ikan yang dijumpai tinggal dikawasan panas gunung berapi aktif.

Ikan Pari Sixgill

Ikan Jerung Hammerhead

Ikan Jerung Silky

Haiwan pertama ditemui di gunung berapi Kavachi adalah ikan pari Sixgill.Video ini juga menunjukkan beberapa ekor ikan dan dua jenis spesis jerung. Jerung Hammerhead dan jerung Silky.

Kami tidak pernah menjangkakan bahawa kami akan menyaksikan hidupan laut di dalam gunung berapi yang aktif seperti ini.

Sumber:Era Baru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , ,

Category: Ajaib

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *