[VIDEO] Pahang Telah Di Tewaskan Kedah Di Final Piala FA. Dato’ Siti Nurhaliza Kena Nyanyikan Lagu Hang Pi Mana !!!

| May 21, 2017 | 0 Comments

[VIDEO] Pahang Telah Di Tewaskan Kedah Di Final Piala FA. Dato’ Siti Nurhaliza Kena Nyanyikan Lagu Hang Pi Mana !!!| Penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza akan menyanyikan ‘Lagu Hang Pi Mana’ nyanyian kumpulan Khalifah sekiranya Piala FA gagal dibawa pulang ke Pahang. Siti telah membuat ‘perjanjian’ tersebut ketika dijemput ke konti Era FM mempromosikan album terbarunya ‘SimetriSiti’ di Petang Era bersama Dina dan Mamak.

Secara kebetulan, Siti merakam sesi tersebut menggunakan telefon bimbitnya dan telah dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial menerusi YouTube. Menerusi video tersebut Siti meneka pasukan Tok Gajah akan menang 2-1 dalam perlawanan menentang Kedah di Stadium Shah Alam.

Bagaimanapun Siti memberitahu tidak dapat ke stadium dan akan menonton perlawanan Piala FA di rumah sahaja. Tahun 2014 merupakan kali terakhir skuad kendalian Dollah Salleh itu muncul juara Piala FA selepas menewaskan Felda United 2-1.

Walaubagaimanapun Pahang telah tewas 2-3 di tangan pasukan Kedah. Sekarang semua netizen ternanti-nanti Dato’ Siti Nurhaliza bilakah akan menyanyikan lagu “Hang Pi Mana” yang di popularkan oleh kumpulan Khalifah. Mesti best kan.. =)

Sumber: Astro Gempak

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *