[VIDEO] Aksi FANTASTIK Bergu Campuran Badminton Negara ‘Tukar Raket’ Di Piala Sudirman Curi Tumpuan Dunia !!!

| May 26, 2017 | 0 Comments

[VIDEO] Aksi FANTASTIK Bergu Campuran Badminton Negara ‘Tukar Raket’ Di Piala Sudirman Curi Tumpuan Dunia !!!| Video dimuatnaik di laman Facebook Chromax sehingga kini mendapat tontonan lebih 55,000 kali, meskipun Malaysia gagal muncul juara Kumpulan C, Kejohanan Badminton Piala Sudirman, selepas tewas 3-2 kepada Jepun pada peringkat kumpulan malam tadi.

Aksi yang dipamerkan pemain negara khususnya beregu campuran nyata mencuri perhatian dunia. Perlawanan terakhir kumpulan menyaksikan beregu campuran negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing bukan sahaja menewaskan Yuta Watanabe-Arisa Higashino dalam pertarungan sengit tiga set, bahkan aksi pertukaran raket kedua pemain negara itu ketika perlawanan masih berlangsung cukup menakjubkan.

Ketika perlawanan masih sengit di set kedua, pasangan beregu kesembilan dunia itu melakukan pertukaran raket dan lebih menarik, mereka berjaya mendapatkan mata untuk servis tersebut. Pada kedudukan mata 11-15, Pei Jing memberikan raketnya kepada Kian Meng sebelum beliau meninggalkan rakan sepasukannya itu beraksi seorang diri di gelanggang dan berlari mendapatkan raket baharu dan kembali semula bagi menyambung permainan.

Beberapa saat kemudian, mereka berjaya mendapatkan mata dalam servis yang cukup mendebarkan itu. Perlawanan yang berlangsung di Gold Coast, Australia, itu mendapat sorakan penonton selain pengulas perlawanan menyifatkan aksi pertukaran raket tersebut sebagai luar biasa. “Oh… beliau tukar raketnya. Beliau (Pei Jing) lari keluar untuk mendapatkan raket baharu,” kata pengulas sukan wanita.

“Itu adalah sesuatu yang fantastik. Luar biasa,” tambah seorang lagi pengulas perlawanan. “Dan mereka memenangi servis tersebut. Itu (aksi) yang sangat sensasi. ‘Bagi aku raket, kau pergi ambil yang baharu’ sambil membaling raket,” ujar pengulas perlawanan tersebut dengan nada teruja, sambil kedengaran sorakan penonton.

Rata-rata pengguna Facebook menyatakan aksi yang ditunjukkan kedua-dua pemain negara itu sebagai menakjubkan dan hebat. Sebelum ini, aksi unik menukar raket pernah dilakukan oleh pasangan badminton campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying ketika perlawanan dengan pasukan Singapura masih berlangsung pada Sukan SEA 2015.

Perlawanan malam tadi menyaksikan Kian Meng dan Pei Jing berjaya menewaskan pasangan dari Jepun dengan kemenangan 21-16, 16-21 dan 21-19, lapor MD. Media melaporkan, Malaysia memiliki peluang untuk menebus kekalahan 3-2 di tangan Jepun dalam saingan Piala Sudirman selepas diundi untuk bertemu mereka semula dalam pusingan suku akhir yang berlangsung pada Jumaat.

Pada 23 Mei lalu, Malaysia mengesahkan tempat ke suku akhir kejohanan badminton Piala Sudirman selepas menundukkan Jerman 5-0 dalam aksi pertama peringkat Kumpulan 1C. Selamat maju jaya kepada pasukan badminton negara dan semoga Malaysia berjaya memenangi Piala Sudirman.

Pasangan beregu campuran Malaysia menukar raket semasa perlawa…

Aksi luar biasa pasangan beregu negara masa melawan Jepun.."Wei bak reket ko ….. … Kredit video Chromax

Posted by ViralMeletop on Thursday, May 25, 2017

Sumber:Suara TV & FB Viral Meletop

 

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *