Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

Sedang Menikmati Juadah Makan Malam Di Restoran. Tiba2 Saya Nampak PARANG. Kejadian Ini Saya Tak Boleh Lupa Sampai Bila-Bila

| May 14, 2017 | 0 Comments

Sedang Menikmati Juadah Makan Malam Di Restoran. Tiba2 Saya Nampak PARANG. Kejadian Ini Saya Tak Boleh Lupa Sampai Bila-Bila | Beberapa orang pelanggan yang sedang menikmati juadah makan malam di sebuah restoran di Ukay Boulevard, Hulu Langat mengalami mimpi ngeri apabila disamun oleh enam lelaki bersenjatakan parang.

Mereka yang memakai topi keledar secara penuh, mengugut para pelanggan dan pekerja restoran dengan parang untuk memberikan wang dan barangan berharga.Kejadian itu berlaku pada jam 9 malam berjaya dirakamkan kamera CCTV.

Mereka mengambil masa lebih kurang satu minit untuk mendapatkan jumlah wang yang besar. Ketika penyamun meluru masuk, para pelanggan tidak melakukan apa-apa kerana ingin menjaga keselamatan diri dan keluarga.

Selain daripada wang dan barangan berharga daripada pelanggan dan pekerja restoran, penyamun terbabit turut mencuri wang daripada mesin juruwang.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihak restoran dan para pelanggan mengalami kerugian sebanyak RM29,745.

Pihak polis turut mengesahkan keenam-enam lelaki berkenaan menunggang tiga buah motor Yamaha LC 135 sebagai pengangkutan untuk menyamun.

“Mereka meluru masuk ke dalam restoran dan mengacukan parang kepada pekerja dan pelanggan didalam restoran, kemudian mengarahkan mereka menyerahkan barangan berharga,” kata Hamzah Alias.Salah seorang mangsa yang enggan dikenali berkata, “Dia (penyamun) gertak saya sambil pegang parang dan meminta serahkan barang kepadanya.”

INFO AWAM.BERHATI2 DGN GENG ROMPAK KEDAI MAKAN.Awas, ini rompakan di sebuah restoran di ulu klang (rakaman cctv 6.5.2017). Ambil langkah berjaga jaga ketika keluar makan, ke restoran atau warung. Jgn bawa byk brg brg yg berharga. Kita tak tahu mana lagi geng samun bermotor ni akan target dlm masa yg terdekat ni. HARAP PDRM DPT BERKAS MRK INI.Samun di Restoran Kejadian berlaku malam semalam di sebuah restoran di Taman Melawati, Ampang, Selangor.6 lelaki bersenjatakan parang menyamun pelanggan dan pekerja restoran terbabit.Suspek juga mengambil wang tunai dari peti tunai restoran dan melarikan diri.Kejadian berlaku begitu pantas.Anggota dari Balai Polis Taman Melawati bergegas ke lokasi sebaik menerima aduan.8 orang menjadi mangsa samun termasuk 5 wanita.Kerugian dianggarkan bernilai hampir RM30,000.Siasatan dijalankan termasuk meneliti rakaman CCTV.Orang ramai yang mengetahui mengenainya diminta tampil membantu siasatan.#Viral #ViralMedia

Posted by Azlee 1DSJY on Sunday, May 7, 2017

Beliau yang dalam keadaan takut dan panik menyerahkan beg tangan kepada penyamun tersebut.

Pihak polis meminta kerjasama daripada orang ramai jika mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini bagi membantu siasatan.Kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata.

Sumber: Era Baru

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *