Penuntut UITM Di Hempap Pokok Tumbang. Hasrat Ibu Nak Buat Kejutan Bagi Baju Raya Tak Kesampaian. PILU !!!

| May 13, 2017 | 0 Comments

Penuntut UITM Di Hempap Pokok Tumbang. Hasrat Ibu Nak Buat Kejutan Bagi Baju Raya Tak Kesampaian. PILU !!!| SUNGAI BESAR – Seorang ibu meraung hampir sejam di sebuah kantin sekolah sebaik mengetahui anaknya yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, maut dihempap sebatang pokok tumbang di Lata Charok, Janda Baik di sini, pagi tadi.

Aminah Rusmi, 52, tidak dapat mengawal kesedihan apabila suaminya, Mohtar Mad Lani, 63, memberitahu, anak mereka, Noorain, 23, meninggal dunia ketika mengikuti program perkhemahan. Mohtar yang menetap di Parit 1 Barat, Sungai Besar berkata, isterinya yang bekerja di kantin sekolah itu seakan-akan tidak percaya anak kelima daripada sembilan beradik itu pergi buat selama-lamanya.

“Pihak universiti hubungi saya jam 8 pagi tadi, maklumkan anak perempuan saya meninggal dunia. Saya terus hubungi anak-anak lain dan terus ke kantin sekolah beritahu isteri.”Bila saya maklumkan tentang kejadian ini, dia menangis dan meraung sebelum kembali tenang bila sampai di rumah,” katanya. Mohtar berkata, kali terakhir dia menemui arwah anaknya itu ketika mereka hadiri kenduri di rumah bapa saudara mangsa, 6 Mei lalu.

“Tiada pula perubahan pada tingkah laku arwah, dia macam biasa sahaja…mungkin, ini sudah ajalnya, jadi kami reda,” katanya. Menurutnya, kali terakhir anaknya menghubungi isterinya itu pada malam Khamis lalu. “Arwah anak ada hubungi isteri dan maklumkan dia nak pergi kempen bersama-sama kawan UiTM,” katanya. Katanya, isterinya juga sudah menempah baju kurung buat Noorain sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

“Isteri nak buat kejutan pada arwah, tapi tak sangka niat nak beri hadiah baju kurung tak kesampaian,” katanya. Dalam pada itu, Mohtar turut meminta pihak UiTM supaya menyiasat kejadian itu dan mengkaji semula modul program berkenaan. “Saya tak mahu ada kes sama berulang. Cukuplah apa yang berlaku terhadap anak kami, harap pihak universiti buat kajian terhadap apa yang berlaku,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa bersama 68 pelajar lain sedang mengikuti aktiviti survival di air terjun itu pada jam 11.30 tengah malam semalam dan dijangka turun semula pada jam 5 pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, semasa kejadian, sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa penuntut.

Sumber: SinarHarian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , ,

Category: Kemalangan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *