DiTuduh Mengubah Wang Haram, India Merancang Batalkan Passport Dr Zakir Naik. Namun Apa Yg Dilakukan Arab Saudi Ini Benar2 MELEGAKAN !!!

| May 21, 2017 | 0 Comments

DiTuduh Mengubah Wang Haram, India Merancang Batalkan Passport Dr Zakir Naik. Namun Apa Yg Dilakukan Arab Saudi Ini Benar2 MELEGAKAN !!!| RIYADH – ARAB SAUDI. Pendakwah antarabangsa yang berasal dari India, Dr Zakir Naik dipercayai telah diberikan kewarganegaraan (kerakyatan) daripada Arab Saudi. Memetik laporan middleeastmonitor.com, sumber dari Saudi melaporkan, Raja Salman telah campur tangan untuk memberikan kewarganegaraan Saudi kepada Zakir Naik untuk melindunginya daripada ditangkap Polis Antarabangsa, Interpol.

Bulan lepas, mahkamah India mengeluarkan waran tangkap kedua kepada Zakir Naik berkaitan dengan dakwaan penglibatan kononya dalam kes berkaitan keganasan dan atas tuduhan pengubahan wang haram. Pendakwah berusia 51 tahun itu meninggalkan India tahun lalu.

Sementara itu, akhbar India melaporkan pihak berkuasa di negara itu merancang untuk membatalkan pasportnya dan meminta Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadapnya. Zakir Naik yang dipercayai berada di Arab Saudi ketika itu terpaksa pulang ke India jika pasportnya dibatalkan. Pihak Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan Zakir Naik bagi mendapatkan pengesahan berhubung berita ini.

Sumber: SinarHarian & Sinar TV

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *