Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!
Loading...

RAJA BOMOH Kena Tahan Polis Semasa Sedang PAGAR Malaysia.. Apa Sudah Jadi.

| April 21, 2017 | 0 Comments

RAJA BOMOH Kena Tahan Polis Semasa Sedang PAGAR Malaysia.. Apa Sudah Jadi. | Kuala Lumpur: Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh ditahan polis di Segamat, Johor hari ini.

Menurut sumber, Ibrahim ditahan pada 2.30 pagi dipercayai di hotel di bandar itu. Ibrahim sering melakukan ritual pelik termasuk pada 13 Mac lalu dia melakukan ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur kononnya ‘memagar’ Malaysia dari diserang negara asing khususnya Korea Utara.

Susulan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang ritual dijalankan oleh Ibrahim kerana ia bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilaporkan berkata, polis menjejaki bomoh terbabit kerana disifatkan merosakkan imej Islam.

Sumber:HarianMetro

Loading...

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , ,

Category: PELIK

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *