Bayi Kembar 4 Yang Dulu Popular Dengan Video Mencuit Hati Gelak Serentak Kini Sudah Berusia 16Thn! Saksikan Wajah Terbaru Mereka !!!

| April 21, 2017 | 1 Comment

Bayi Kembar 4 Yang Dulu Popular Dengan Video Mencuit Hati Gelak Serentak Kini Sudah Berusia 16Thn! Saksikan Wajah Terbaru Mereka !!!| Mana-mana video yang memaparkan bayi yang ketawa pasti menggamit hati semua. Apatah lagi kalau bayi yang ketawa itu, kembar empat! Dan keempat-empatnya, ketawa serentak!Sebuah video yang merakamkan empat orang bayi keluarga Mathias ketawa serentak menjadi pemenang video America’s Funniest Home Videos pada awal tahun 2000. Video itu kemudiannya memenangi peringkat ‘Funniest Video of All Time’! Ianya menjadi satu video terkenal dan bersejarah.

Anak-anak kembar itu, Grace, Emily, Mary Claire dan Anna berusia 6 tahun apabila video mereka itu mendapat pengiktirafan itu dan sejak itu, mereka menjadi terkenal. Mereka menghadiri banyak program televisyen, termasuklah program ‘The Oprah Winfrey Show’ pada tahun 2008.Hari ini, mereka semua sudah berusia 16 tahun. Mereka baru-baru ini telah ditemu bual pihak rancangan ‘Oprah: Where Are They Now?’ dan video itu masih lagi ada sengatnya!

Ibu anak-anak kembar itu berkata, orang ramai masih menyukai video itu. Menurut bapa mereka pula, video itu adalah antara video yang memang akan membuat orang ketawa. Tambahan pula, anak-anaknya ketawa serentak dan berhenti serentak. Anak-anak kembar Mathias sudah membesar menjadi anak gadis remaja kini. Mereka berusia 16 tahun dan walaupun mereka kembar, mereka suka mengekalkan identiti tersendiri. Contohnya, hobi mereka berbeza; ada yang sukakan seni digital, ada yang sukakan muzik dan ada yang sukakan fotografi.

Mereka juga mempunyai citarasa fesyen yang berbeza. Mungkin dahulu ibu mereka suka memakaikan mereka pakaian yang sama tetapi kini, mereka gemar memakai mengikut citarasa masing-masing. Gaya rambut mereka juga berbeza! Ibu mereka, Allison, berkata dia tidak sabar untuk melihat potensi dan perkembangan anak-anaknya. ‘Ada banyak perkara lebih besar di luar sana, saya tidak sabar untuk melihat mereka melaluinya.’

Sumber:EraBaru

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , ,

Category: Masyarakat

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *